Gosip Makin Kencang! Nabila, Engku Emran Nikah Esok?
Gosip antara Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin semakin bertiup kencang apabila kedua-dua mereka dikatakan bakal diijabkabulkan esok.
Perkara itu didedahkan menerusi laporan Berita Harian hari ini.
Menurut laporan itu, kakak Nabila iaitu Neelofa juga enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut.
"Minta maaf, saya tidak boleh komen. Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini.
“Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih," katanya.
Dalam pada itu Gempak cuba menghubungi Nabila, namun sehingga artikel ini ditulis, masih tiada respon oleh empunya badan.
Malah, tinjauan Gempak di media sosial milik Nabila dan adik beradiknya juga tidak menemui sebarang persediaan nikah.
Sekadar info, sejak awal bulan lalu gosip antara Nabila dan Engku Emran menjadi perbualan ramai apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.
Kisah percintaan mereka kemudian makin diperkatakan apabila foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.
Untuk rekod, Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran pula berpisah dengan bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.