Gaya Hidup
Grrrr, Solekan Cepat Comot Pagi Raya! Macam Mana Nak Buat Ni?
Amboi, cantiknya pagi raya dengan solekan bak selebriti. Tapi, selalunya solekan ni tahan sampai 1 tengahari sahaja. Lepas jam 2 petang, aduhai eyeliner mula comot, muka pula makin berminyak. Help!
Wanita dan solekan memang tak dapat dipisahkan. Kalau muka dah berminyak seawal pagi raya, dah tentu kami kena touch up. Bila para wanita perlu touch up muka setiap masa, siapa nak kacau rendang di dapur?
Istimewanya raya tahun ini, korang tak perlu risau lagi kalau solekan cair ataupun semakin menipis tatkala anda sibuk menghidang makanan atau menziarahi saudara-mara.
Cuba tengok camana Anis buat solekan lengkap hari raya.
Dah tengok? Anis gunakan Secret Skin Maker Zero Powder sebagai base untuk tampil segar dan berseri. Pagi raya perlulah kelihatan segar untuk menerima kunjungan tetamu.
Produk: KATE Secret Skin Maker Zero (Powder)
Dengan hanya satu sapuan, ia boleh menutup cela di wajah dengan mudah! Bertekstur ringan, ia mampu mengawal minyak dan membuatkan anda kelihatan segar sepanjang hari. Boleh tahan lama, korang siap sedia untuk menikmati raya dari pagi hingga ke malam.
KATE Eyebrow Pencil A
Inilah masanya korang nak dapatkan kening bak Priyanka Chopra! Pensil sehalus 1.5mm ini memudahkan sapuan agar kening tampak penuh dan natural. Hadir dalam enam warna, ia pasti menepati warna idaman kening korang.
Masuk waktu petang, Anis buat makeup untuk ziarah teman dan sanak-saudara. Nak jimatkan masa, Anis touch up sahaja solekan pagi tadi.
Produk: KATE Face Powder A (Natural Color)
Masalah tona wajah tidak sekata boleh korang tutup dengan pantas. Sangat mudah digunakan, tekstur halusnya boleh menutup pori tanpa meninggalkan kesan berlapis-lapis.
Tiba waktu malam, kenalah tambah elemen drama dalam solekan! Macam Anis, korang boleh dapatkan solekan meletops ni!
Produk: KATE Fit Rare Gel Pencil
Satu calitan sahaja boleh buatkan mata korang nampak galak. Ilhamkan solekan jenis cat eye untuk raya ini, memang menarik. Bercirikan kalis air, senang digunakan dan tahan sampai ke malam, indahnya hidup!
Dengan tiru gaya solekan Anis ini sahaja, hari raya korang pasti berseri-seri.
Dapatkan empat bahan solek wajib ini di Watsons, SASA, AEON Wellness serta secara online di Lazada dan Hermo.
Pastikan korang menggunakan kod promo KATERM5OFF apabila membeli di Lazada dan Hermo untuk potongan sebanyak RM5 bagi produk solekan sehingga 30 Jun ini.
Tonton juga Facebook Live KATE Tokyo di Astro Gempak pada hari Ahad, 2 Jun 2019 ini jam 8.30 malam untuk korang menang pelbagai produk daripada KATE Tokyo. Tapi jangan lupa tonton dulu video Anis make-up untuk jawab soalan yang mudah nanti!
Must-Watch Video