Laman Utama

#GSpot: Nak Balik Puasa Ke Tu? Hati Hati Ada Yang Memerhati!

gempak
Maliah Surip
05/04/2021
13:20 MYT
Sponsor Banner
#GSpot: Nak Balik Puasa Ke Tu? Hati Hati Ada Yang Memerhati!
Serius, penulis nak balik berpuasa dengan keluarga di kampung. Rindu terhadap mak dan abah tak perlu cerita, sampai tahap bergenan air mata.
Barulah penulis faham serba sedikit bagaimana seorang anak atau ibu dan bapa menanggung rindu kepada ahli keluarga tercinta yang telah meninggal dunia. Hanya boleh rindu, tapi tak boleh berjumpa, selamanya.
Sekarang, bila dunia diuji dengan pandemik COVID 19, semua orang mula hargai bahawa rindu itu bukan hanya seperti 'menanam tebu di bibir'. Rindu bukan pemanis, rindu itu kata orang putih Real.
Jadi macam puluhan juta rakyat Malaysia, khususnya umat Islam yang sedikit masa lagi akan menyambut Ramadan bulan nan mulia, penulis pun nak balik kampung. Nak balik berpuasa dengan keluarga.
Nak makan sedap sedap, walaupun mak kita mungkin hanya akan masak nasi panas dan ikan kering sepat atau telur mata dengan kicap cili, bawang potong untuk bersahur.
Jalan jalan di bazar ramadan. Lepas itu hidangan pelbagai juadah dari nasi sampai mee goreng dan tiga, empat jenis air dari air panas sampailah cendol.
Kemudian, pergi ke surau terawih atau mungkin hanya lakukan di rumah beramai ramai dengan anggota keluarga perempuan.
Tak cukup itu, lepas pukul 10 malam ramai ramai 'membawang' buat kuih raya. Yang simple simple saja macam Tart Nenas atau Makmur (penulis tak pandai pun sebab tu tulis 'membawang' saja).
Nostalgia nostalgia macam inilah yang buat perasaan rindu itu Real. Dia punya rasa, Allah saja tahu. Padahal, pandemik baru berlangsung tahun lalu dan kita pun baru setahun barangkali terlepas berpuasa dan berhari raya dengan keluarga.
Tapi, rasa menanggung rindu itu bebannya macam sudah ribuan tahun lamanya. Aduh susah untuk dijelaskan dengan kata kata.
Buat yang sudah berada di kampung atau memang menetap dengan ibu dan bapa, bersyukurlah. Sebab COVID 19 ini walaupun musuh kita, tapi membawa sejuta rahmat. A blessing in disguise. Tahun ini mungkin rezeki kalian berada dekat dengan keluarga dan menyambut Ramadan serta melakukan banyak amal ibadah bersama sama.
Sementara orang macam penulis ini yang berada di ibu kota atau kita semua yang memegang aksara pemaustatin, harap lebih bijak memujuk rasa. Mungkin, sekali lagi tahun ini bukan rezeki kita nak pulang berpuasa di kampung atau bersama keluarga.
Apa lagi hari ini Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim sudah beri warning.
Katanya seperti yang dilaporkan pihak media, individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan akan disaman!
Tak ada nasihat, tak ada kompromi, ambil tindakan terus! Begitulah lebih kurang isi peringatan yang diberikan Zainal Abidin.
Jadi, nampaknya 'mereput'lah sekali lagi kita anak rantau yang tidak dapat pulang menyambut Ramadan minggu depan.
Ikutlah arahan, jangan melawan dan pentingkan diri sendiri demi kemenangan kita semua juga.
Mana tahu Ramadan tak dapat bertemu, saat Aidilfitri kelak oleh kerana sikap kita yang berhemah dan bijak menahan diri, semua pun boleh bersama sama berhari raya. Siapa tahu? Masa depan itu kan misteri.
Akhir kata, penulis nak nasihatkan agar kita dengar nasihat dan sambut Ramadan dengan penuh istiqamah walaupun di mana berada.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Kredit Foto: Suara.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live