Skip to main content

Hiburan

Demon Hunters Menang Oscar, Pengarah: “Korea Di Mana - Mana”

Kpop Demon

Filem animasi Demon Hunters menepati ramalan apabila membawa pulang piala Oscar perdana menerusi kategori Best Animated Feature dalam majlis yang berlangsung pada Ahad.

Demon Hunters menewaskan empat pencalon lain termasuk Arco, Elio, Little Amélie or the Character of Rain dan  Zootopia 2.

Kemenangan tersebut menjadi kesinambungan kecemerlangan filem yang paling banyak ditonton di Netflix selepas diiktiraf dalam beberapa anugerah berprestij dunia termasuk Golden Globes, Critics Choice Awards dan PGA Awards.

Ia juga menjadikan penerbit, Michelle L.M. Wong dan salah seorang pengarah, Maggie Kang sebagai wanita Asia pertama memenangi kategori animasi tersebut, lapor Variety.

Kang sewaktu memberi ucapan kemenangan berkata: “Ini untuk Korea. Korea di mana-mana.”

Kang juga mengucapkan terima kasih kepada Oscar, peminat dan semua yang menyokong perjalanan filem tersebut.

“Terima kasih untuk semua dan saya minta maaf kerana anda perlu menunggu agak lama untuk dapat menyaksikan karya seperti ini.

“Namun selepas ini, penantian tidak akan lagi panjang,” katanya.

Baru-baru ini, penerbit mengumumkan sekuel Demon Hunters akan bertemu peminat pada tahun 2029. Ia masih akan diarahkan oleh Kang bersama rakan sutradaranya, Chris Appelhans.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement