Sekilas
- Lakonan Rykarl Iskandar sebagai Umar dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman mendapat pelbagai reaksi, termasuk kritikan kerana dianggap 'over'.
- Rykarl menjelaskan wataknya memang begitu dan berjanji akan memperbaiki lakonan untuk projek akan datang.
- Pelakon itu tidak kecewa dengan komen negatif, malah ingin tahu sama ada kebencian itu terhadap watak atau personalitinya sendiri.
Lakonan pelakon Rykarl Iskandar dalam drama siri Sujud Terakhir Encik Norman mendapat perhatian penonton yang memuji dan ada juga mengkritik.
Menerusi satu hantaran wargamaya di Threads berasakan lakonan Rykal sebagai Umar ‘over’ dan perlu belajar lagi untuk membawa watak baran dengan pelakon senior.
“Cerita Sujud Terakhir Encik Norman ni sebenarnya best tapi sebab watak budak ni over sangat… terus turn off nak tengok wei. Kena blaja watak baran dengan ada sorang pelakon tu.
“Muka dia macam Pierre Andre sikit tapi ada parut. Dia kalau pegang watak baran, dengan aku-aku takut,” kata individu tersebut.
Membalas hantaran itu dengan tenang, Rykarl berkata dia akan memperbaiki lagi lakonannya dalam projek lain selepas ini.
Bagaimanapun Rykarl menjelaskan lakonan yang diberikan itu sememangnya watak Umar.
“Maafkan Rykarl kalau, dah sebabkan wujudnya perasaan benci tu… Rykarl tau, I'm not good actor pada mata dan hati anda semua.
“Insya-Allah untuk projek-projek yang akan datang Rykarl akan ubah ya. Untuk watak UMAR, memang begitulah pembawakannya,” balasnya.
Dalam pada itu, Rykarl memberitahu dia tidak berasa kecewa dengan komen negatif namun berasa ingin tahu perasaan benci yang timbul itu disebabkan karakter lakonan atau realiti dirinya.
“Sebenarnya Rykarl bukan kecewa, tapi cuba memahami mereka yang terlalu membenci. Adakah berpunca daripada karakter atau benci dengan my reality personality?” katanya.
Sumber - Threads