Laman Utama

#GTheUntoldStory: “Gunakan Media Sosial Dengan Cara Yang Betul..” - Amelia Henderson & Sean Lee

gempak
Azwa Rahman
28/09/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
#GTheUntoldStory: “Gunakan Media Sosial Dengan Cara Yang Betul..” - Amelia Henderson & Sean Lee

Perjalanan seni dua figura ini bukanlah baru setahun jagung. Jejaka kacak serta jelitawan ini senang digelar anak seni berbakat besar, mencipta nama sebagai seorang pelakon dan kini sebagai pengacara. Dengan personaliti bersahaja yang acap kali menjadi tumpuan spotlight, Amelia dan Sean merupakan gandingan terbaharu yang sentiasa trending.

Selayaknya diangkat sebagai The Most Wanted untuk isu Oktober ini, wajah mereka berdua bakal menghiasi malam Rabu anda menerusi Gempak Most Wanted (GMW), jam 9.30 malam mulai 28 September ini di saluran Astro Ria.
AMELIA HANDERSON
G: Ini bukan kali pertama Amelia jadi hos tetapi kini ada program sendiri, bagaimana rasanya?
Amelia: Yes, ini bukan kali pertama saya jadi pengacara tetapi honestly saya jarang kendalikan program dalam bahasa Melayu. Mungkin sebab saya kurang yakin nak hosting dalam bahasa Melayu. Tak tahulah, kadang saya sendiri gementar bila hos dalam bahasa Melayu sebab permulaan karier saya, saya agak pelat dan ia agak menghantui diri saya. Orang kata saya pelat, you guys rasa saya pelat ke? Haha.
Mungkin saya dah improve banyak. Sebab tu dari awal saya macam segan nak ambil apa-apa hosting dalam bahasa Melayu tapi bila saya dah dapat konsep untuk program ni, saya dah fikir how to angle this show, saya rasa ia sangat sesuai dengan personaliti saya dan saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada show ni.
G: Dari segi bahasa yang pelat, perkataan apa yang selalu orang perkatakan?
Amelia: Semua! Memang saya pelat ke, saya pun tak sure. Mungkin ia lebih kepada slang dan bukannya pelat. Contoh macam bila saya cakap bahasa Melayu tapi ada slang bahasa Inggeris. Tapi sekarang dah lancar, sis berusaha!
G: Berbicara mengenai The Most Wanted, Amelia sekarang menjadi ‘it girl’ dalam industri. Apa komen Amelia?
Amelia: Oh ye ke, wow! Tak tahulah pula tapi bila kita bekerja dalam industri hiburan, apa yang saya sedari sejak saya kecil lagi, bila kita bekerja, kita bekerja dengan kamera sahaja tau. Yang saya nampak sejak kecil adalah kamera A,B dan C, abang-abang yang control kamera dan penerbit. Itu sahaja yang saya nampak. Jadi saya tak nampak secara terang impak saya pada penonton di luar.
Berbeza kalau kita berlakon teater atau buat live show hosting, boleh nampak penonton terus dan kita dapat feedback terus tapi bila buat show yang record dalam studio, you tak akan nampak. So, bila orang cakap saya it girl, saya tak nampak. Impak tu susah nak nampak. Melainkan kalau saya keluar, ramai kenal semua, itu memang nampak. Saya sangat bersyukur tapi pada masa yang sama, saya tak tahu nak proses. Dalam kepala ni saya macam orang normal cuma saya sangat bersyukur!
G: Daripada berlakon sekarang dah mengacara, apa yang orang akan jangka Amelia buat selepas ni?
Amelia: Tahun ni saya cuba nak buka bisnes sendiri, saya mulakan syarikat produksi sendiri dan kami juga sedang dalam proses menghasil satu program secara online sebab saya rasakan the future of content macam this GMW, ia carta digital. Sebagai seorang yang ada asas yang kuat dalam kandungan digital, ini adalah minat saya dan kami akan hasilkan sesuatu pada tahun ini.
Sekarang pun kalau you jadi seorang artis, penata gaya, jurusolek, you kena pandai buat content untuk membina nama you. Sebenarnya kita patut bersyukur yang kita ada this functionality tau. Dulu, masa belum ada kapasiti untuk orang ramai nampak karya dia. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua orang buat content sebab bila you akan dapat peluang untuk direct the audience. That is such a powerful thing yang kita semua patut bersyukur memiliki platform digital ini, membantu bisnes-bisnes ini. Kalau tak dulu, struggle.
G: Bila digital dah power, keluar pula content-content yang melampau. Komen Amelia?
Amelia: Bila perkara tersebut terjadi, kita tak boleh nak salahkan media sosial sebab ia hanyalah satu alat. Sebenarnya yang menerbitkan content itu adalah manusia. Kemana-mana kita pergi, ada orang yang sedikit pelik jadi benda tu sangatlah 50-50. Tak boleh nak expect 100 peratus akan lancar. Mungkin target demografi ialah orang lain dan bukannya kita.
Saya rasa setiap content akan sentiasa ada sasarannya. Terpulang pada individu masing-masing, bagaimana mereka menggunakan media sosial mereka. Tapi macam itu juga bila ia membabitkan cara you deal dengan media sosial. How personal do you take people’s punya komen? Semuanya memang terpulang kepada kita. Ini adalah platform yang orang boleh cakap apa dia nak, tapi tanggung jawab you untuk kuatkan diri dan gunakan media sosial dengan cara yang betul.
G: Nama Amelia ada terpalit beberapa kontroversi. Bagaimana reaksi Amelia terhadap perkara itu? Adakah Amelia dah jangka yang karier Amelia ada turun naik?
Amelia: Pendapat saya tentang industri ini secara amnya, bila saya cuba nak menjadi seorang pelakon, saya cuba buat dengan sebaik mungkin. Saya sudah berada di dalam industri ini dah lama, i take my career very seriously dan saya mengharapkan semua usaha yang saya dah buat selama ini, membuatkan penyokong serta penonton gembira.
G: Amelia bermula sejak kecil, apa perubahan yang Amelia nampak pada diri sendiri?
Amelia: Paling ketara sekarang adalah saya makin berkeyakinan. Yang peliknya bila you ada karier macam ni, bila saya bermula semasa kanak-kanak, saya sebenarnya tak boleh nak proses karier saya. Saya buat sahaja sebab benda ni memang saya suka dan saya enjoy. Kemudian saya berhenti sekejap sebab saya nak ada peluang untuk tak pernah miss any party, gathering dengan kawan sebab sibuk bekerja, i take a break for awhile, waktu itu saya sedar yang sebenarnya identiti saya siapa kalau saya ni bukan pelakon. Saya rindu sangat sehingga saya bermula balik. Tapi saya sedar sebagai orang dewasa, karier ini beri saya keyakinan, dia dah jadi sebahagian daripada diri saya. Sampai sekarang kalau saya tak bekerja, saya tak sure nak buat apa dengan diri saya.
G: Sejak kecil apa cita-cita Amelia yang sebenarnya?
Amelia: Saya nak jadi seorang pelakon. Satu sahaja impian saya untuk bergelar seorang aktres. Kalau saya tak menjadi pelakon sekarang, omg mungkin saya duduk kat rumah, tumpang hidup dengan mak ayah, influencer maybelah. Tapi saya memang nak jadi seorang pelakon. Apa bisnes yang saya buat sekarang macam media semua tu pun berpunca daripada storytelling.
G: Apa perasaan Amelia bila tengok lakonan pertama Amelia di TV?
Amelia: Alamak, this is the truth. Saya rasa di antara saya dan rakan pelakon lain, jarang you akan jumpa pelakon yang akan tengok lakonan sendiri. No, saya tak akan tengok lakonan sendiri sebab saya rasa benda tu cringy. Bila saya tengok lakonan saya, saya bukan tengok yang jenis seronok tapi saya akan fikir macam mana saya boleh tingkatkan mutu lakonan dan benda tu boleh jadi stress. Jadi, baik saya jangan fikir.
G: Apa watak yang paling Amelia nak tapi masih belum dapat lagi?
Amelia: Sebenarnya saya nak jadi seorang superhero. Kalau boleh saya nak ada kuasa sakti. Contohnya macam Black Widow, Captain Marvel, action superhero yang macam dia selamatkan dunia, go girl power! Belum ada tawaran lagi tapi mesti akan ada.
G: Masuk soal cinta, adakah gosip Amelia bersama seorang pelakon lelaki itu betul?
Amelia: Soalan tu, mungkin kena tanya dia kot. Saya tak berani nak jawab sebab dia tak ada untuk jawabkan juga. Sekarang saya bercinta dengan kerjaya saya je.
G: Macam mana dengan perkahwinan impian Amelia?
Amelia: Dari kecil saya tiada majlis perkahwinan impian, saya pelik ramai perempuan ada impian tu. Mungkin sebab saya kerja dari kecil sangat, impian saya adalah untuk ada bisnes sendiri. Perancangan buka bisnes tu saya ada sejak kecil tapi berangan untuk berkahwin tu tidak ada. Satu hari nanti kalau saya nak kahwin, memang stress! Satu idea pun saya takde lagi. Saya serahkan pada perancang perkahwinan je, saya akan jadi pengantin paling senang. Apa-apa je lah uols janji makanan kena sedap, haha.
G: Bila Amelia berehat?
Amelia: Tiada. Saya memang jenis workaholic. Tak tipu, saya memang kerja setiap hari. Mungkin hari minggu saya berehat tapi berehat yang jenis keluar lepak dengan kawan-kawan. Bukan berehat yang duduk rumah la sebab saya kurang gemar duduk rumah sangat. Saya baru sahaja berpindah duduk seorang.
G: Ada orang sibuk bekerja, nampak penat. Tapi Amelia tidak. Macam mana Amelia jaga stamina?
Amelia: Dulu saya seorang penari mewakili Malaysia, dari segi kekuatan fitness level saya memang tinggi sebab dulu saya masuk pertandingan. Saya penari balet dan latin American ballroom, modern contemporary. Tapi how i look after my stamina, you kena tanya diri you balik, you suka tak apa yang you buat? If you love what you do, you tak akan rasa penat. Dari segi pengalaman, saya tak rasa penat. Saya suka makeup, fesyen, photoshoot. Saya memang suka apa yang saya buat.
SEAN LEE
G: Sean sekarang dah jadi pengacara, pelakon, ahli perniagaan, tak lama lagi nak jadi pengarah, apa rasanya menjadi The Most Wanted?
Sean: Saya sangat bersyukur yang orang sudi terfikir nak ambil saya, kalau boleh jangan berhentilah, haha. Setiap peluang yang saya dapat, saya tak kisah sebab saya terbuka untuk sebarang kerja. Kalau ada orang nak saya buat bidang fesyen, boleh. Nak saya berlakon watak gila-gila, saya tak kisah. Hos untuk travelogue, saya terbuka. Memang saya tak kisah untuk cuba semua benda.
G: Ada tak benda yang Sean tak boleh buat?
Sean: Tiada. Saya tidak menghalang diri saya daripada membuat sebarang aktiviti. Semua benda saya okay untuk buat. Hmm, yang tak boleh mungkin kalau saya perlu jadi hos untuk bahasa Cina. Saya boleh cakap Mandarin cuma bila you jadi hos untuk satu program berbahasa Mandarin, you kena mahir dalam penguasaan bahasa dan fasih tau. Penguasaan bahasa Cina saya, tahap sekolah menengah sahaja kalau setakat nak pergi beli barang ke, boleh. Nak jadi hos tu susah sikit. Saya lagi selesa jadi hos program berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
G: Apa yang membuatkan Sean menerima tawaran hos GMW?
Sean: First of all, saya rasa ini peluang yang bagus untuk saya berkolaborasi dengan Amelia Henderson. Ini juga program baru untuk Astro Gempak, saya sebenarnya tak jauh dengan konsep macam ni. Saya sangat rindu dengan job scope yang macam ni. Bila dapat tu, boleh mengubati rindu saya, saya pun besar hati menerima.
It’s a fun thing sebab kita boleh borak pasal benda yang trending. I think it’s good sebab in real life, saya bukanlah seorang yang kepochi sangat dan dengan show ni, saya dapat tahu benda tanpa saya tahu. Faham tak? Sebab saya kena melaporkan apa yang trending, tahu apa yang orang suka minggu tu, it’s fun for me. Tak lari daripada personaliti saya.
G: Sean sendiri pernah bergandingan dengan Amelia sebelum ini?
Sean: Drama pertama saya adalah dengan Amelia. Kami jadi adik-beradik kembar. Itu kali pertama saya jumpa Amelia. Kami masih muda masa tu, fresh dan kami senang klik waktu itu sebab kami umur tak jauh beza. Kemudian lepas beberapa tahun, saya bergandingan sekali lagi dalam sebuah drama bersama Amelia, itu kami jadi pasangan kekasih.
Sekarang dapat jumpa dia lagi untuk GMW, saya berharap sebenarnya untuk jadi hos gandingan dengan Amelia, hos duo tapi takpe saya faham kita shoot asing-asing. At least saya still boleh jumpa dia.
G: Sean semakin berani berkongsi kisah cinta?
Sean: Taklah berani sangat pun, saya agak terbuka untuk bercerita tentang perhubungan tapi saya jenis fikir pasal orang juga. Mungkin saya terlebih fikir, itu pasal saya tak kongsi sangat perihal relationship ni sebab saya tak mahu orang komen benda yang patut. Cinta ni sepatutnya diraikan, benda positif. Kadang peminat akan komen benda-benda macam saya patut bersama gadis beragama Islam, jangan tutup hidayah, benda-benda macam tu. Saya tak mahu galakkan perbincangan pasal itu, jadi itulah punca saya tak sediakan platform mengata untuk diorang berborak. Tunggulah saya kahwin nanti, barulah saya akan bercakap banyak pasal cinta dan perhubungan.
G: Jadi, peminat mengharapkan Sean untuk tukar agama?
Sean: Betul, ramai peminat berharap saya masuk agama Islam. Ada orang tak cakap secara terus tapi saya boleh rasa melalui apa yang mereka hantar. Ada yang hantar banyak kata-kata positif berbentuk islamik sebagai penambah semangat. Saya okay dengan semua tu, saya tak hakimi seseorang berdasarkan agama mereka. Cuma kadang kita tak tahu niat dia apa, kalau niat nak kongsi benda baik, okay. Ada yang niat berbeza, saya tak mahu terlibat dengan mereka. Mostly benda ni berlaku di media sosial.
G: Sean ada meletakkan target umur untuk menamatkan zaman bujang?
Sean: Secepat mungkin kalau boleh, ada orang cakap sebelum cari pasangan kena kaya dulu. Tapi saya percaya pada kita kena berjaya dengan orang yang kita sayang. Saya prefer ada pasangan yang bersama dengan saya sejak saya tiada apa-apa, susah nak mencipta nama. Sebab bila kerja dalam industri ni, ada banyak pengorbanan yang orang tak nampak. Orang hanya nampak oh artis glamour, pergi sana sini, sebenarnya ramai orang tak nampak apa kepayahan kita.
Contoh, sebelum berada di tempat sekarang, ramai kawan saya ajak lepak. Saya terus on! Kita boleh pergi. Tapi bila kita tengah bekerja-keras, orang telefon ajak lepak, saya tak boleh join sebab tengah kerja, orang tak akan call kita dah. Dan bila kita tiba di satu peringkat umur, kau dah dapat free time, kau tak tahu nak call siapa dah. Nak lepak jumpa kawan-kawan, tiada siapa. Sekarang saya ada abang, ibu dan beberapa orang kawan baik, itu sahaja. Keseluruhan persahabatan lain macam tak wujud, saya cuba nak ubah benda tu. Saya percaya hidup ni singkat, kita tak boleh asyik nak kerja-keras sahaja. Saya faham duit tu penting tapi nyawa kita pun tak boleh dapat balik.
G: Tapi bukankah itu yang perlu dibayar bila dah bergelar selebriti? Tiada work-life balance.
Sean: Itu semua atas budi bicara kita. Semuanya melibatkan pengorbanan. You nak dapatkan job banyak, you kena korbankan masa untuk bekerja. Semuanya ada pros and cons. Apa yang you korbankan? Apa kepentingan you masa tu? Bagi saya sendiri, selepas pandemik, ada seorang kawan saya meninggal dunia, umur dalam 30, dia takde sakit apa pun. Dia pergi hiking, tiba-tiba nak turun, ada saraf dalam otak dia meletup, dia mengalami pendarahan. Dia atas bukit weh, orang panggil bantuan pun berapa lama boleh sampai. He’s young, healthy, jadi dia buat saya takut.
Sekarang saya tetapkan balik keutamaan saya. That’s where the balance comes in. You kerja elok tapi you juga perlu ambil masa untuk bergembira dengan benda yang tidak melibatkan kerja. Ada masa untuk keluarga, kawan-kawan. Saya tak mahu jadi seseorang yang bila kawan saya call, saya tiada masa untuk mereka. I want to be accessible. Tapi itulah pengorbanannya, tak dapat buat duit banyak tapi ada lebih masa buat benda lain. Saya rasa okay, saya ambil job sekarang pun saya make sure saya ada time off. Dua tahun sebelum pandemik, memang saya hustle bekerja back to back, waktu Tahun Baru Cina pun saya balik sekejap je sebab kena shooting drama. Korang ada pagi raya kan? Saya takde. Saya terlepas Tahun Baru Cina, Christmas, birthday ahli keluarga saya, semua demi nak kejar apa yang kita nak kejar. Now saya cuba untuk balancekan kehidupan saya.
G: Program ni pasal anything digital, anything trending. Apa komen Sean bila orang muat naik content yang mengaibkan di platform media sosial?
Sean: Itu semua marketing murahan. Sebab sekarang kebanyakkan orang buat video yang buka aib sendiri, dia buat untuk exposure. Sebab dia sedar yang netizen nak tahu pasal hal-hal peribadi dia. Ia bergantung, kalau kau jenis tak kisah kena kecam, okay la it's good for you. Kalau kau nak buat content macam tu, kau kena sedia untuk dikecam, kau tahu netizen mulut macam mana. Yang buat video aib semua ni, diorang tahu apa akibatnya. Itu yang diorang buat.
G: Adakah Sean pernah terfikir untuk membuat ‘marketing murahan’ ni?
Sean: Sejujurnya saya pernah terfikirlah. Lepas tu ada orang tanya saya betul ke ini yang kau nak? Kau nak orang tengok kau macam ni? Sebab so far dalam karier saya i don't have anything yang kontroversi, I'm quite clean. Saya pernah terfikir nak buat story yang panas sikit, saja nak tengok macam mana, tapi bila fikir balik, patut ke saya buat, berbaloi ke kalau saya buat? Macam mana orang akan pandang saya lepas ni? Saya tahu sekarang trend kalau buat salah, minta maaf, setel, orang akan maafkan kau. Saya cuba nak jadi sebersih yang boleh tapi saya tak begitu risau kalau ada anything yang tak elok pasal saya terkeluar, saya pun manusia biasa. Semua orang ada aib sendiri, semua orang buat silap.
G: Adakah Sean terlalu menjaga content di media sosial?
Sean: Saya sangat menjaga. Kalau you buka media sosial saya, jaranglah jumpa benda yang pelik-pelik. Sebab kalau saya post sesuatu content, saya okay dengan benda tu. Saya filter semua content yang saya buat, hasilkan. Saya cuba sebaik mungkin untuk menjaga content saya. Dulu saya agak menjaga apa yang perlu saya post setiap hari, tapi sekarang tidak dah. Saya baca semua komen, DM, tapi saya tak layanlah benda-benda negatif.
G: Sean pernah Google nama sendiri?
Sean: Pernah! Kebanyakkan sebab nak tengok apa yang orang tulis pasal saya, apa yang orang tengah bercakap pasal saya, macam mana orang tengok saya dalam talian. Semua yang korang tengok online tu terutamanya artikel adalah perspektif orang terhadap kita kan. Saya nak tengok dan faham cara orang pandang saya.
G: Sejauh mana Sean melihat perubahan diri Sean daripada dulu sehingga sekarang?
Sean: Saya rasa dari sudut kematangan, pembawakan diri pun dah lain sekarang, lebih dewasa, banyak perkara dah improve sebab saya percaya pada setiap orang patut belajar untuk mempertingkatkan diri mereka. There’s always a room for improvement. Setiap kali kita fikir kita berada di atas, sentiasa ada orang lain yang lagi tinggi daripada kita.
Selain daripada tu, perkembangan dari segi peluang pun dah lain, projek-projek yang saya terlibat pun dah lain, kehidupan peribadi saya pun agak berubah, dulu saya terfikir langsung nak buat bisnes tapi sekarang saya ambil peluang untuk ceburkan diri dalam di luar bidang hiburan. Saya melihat perbezaan yang baik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live