"Guna Paint Ke" - Poster 'Job Vacancy' Ahli Parlimen Ini Buat Netizen Keliru Nak Puji Atau..
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik satu poster yang menawarkan peluang pekerjaan.
Menerusi poster yang dimuat naik di Twitter, Lim menyatakan hasratnya untuk mencari pegawai media baharu dan gaji ditetapkan mengikut pasaran semasa serta pengalaman.
Malah, Lim juga turut menawarkan kekosongan buat pelajar yang mahu menjalani latihan industri atau praktikal.
"Kalau ada rakan-rakan yang masih mencari kerja boleh hantar resume anda ke email ini.
"Kami juga mengalu-alukan mereka yang mahu menjalani latihan industri," kata Lim pada posting Twitter berkenaan.
Walau bagaimanapun, bukan tawaran kerja yang banyak diperkatakan netizen, sebaliknya rekaan poster tersebut lebih mencuri tumpuan.
Kebanyakan mereka bagaikan terkejut dan pada masa sama keliru apabila rekaan poster itu seolah-olah dihasilkan oleh pereka grafik amatur.
Malah, ramai bertanggapan ia dihasilkan menerusi aplikasi Windows iaitu Paint yang agak popular sekitar tahun 2000.
Pun begitu, kebanyakan mereka masih menyifatkan rekaan poster tersebut agak unik dan berkemungkinan ia sengaja dihasilkan dengan konsep sedemikian.
"Disebabkan rekaan pelik seperti inilah ramai tengok dan tertarik nak apply kerja".
"On Point sebenarnya, brilliant la YB!".
"Nak puji ke nak kritik ya? Memang nampak amatur tapi grab attention orang".
"Comelnya poster, pakai Paint ke tu YB," tulis beberapa netizen.
Sehingga kini ciapan tersebut telah dikongsi sebanyak 883 kali dan menerima 1,300 likes.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Kalau ada rakan-rakan yang masih mencari kerja boleh hantar resume anda ke email ini :) pic.twitter.com/TordpGZCVJ
— LIM LIP ENG (@limlipeng) January 5, 2022