Bintang bola sepak terkenal, Neymar mencuri tumpuan dunia apabila berkongsi gambar jentera terbaharunya yang dinilai berharga lebih RM58 juta.

Gambar dia bersama helikopter terbarunya itu dimuat naik di sebuah posting Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi gambar berkenaan, Neymar dilihat bergaya santai dengan pakaian yang agak sedondon dengan helikopter mewahnya itu.

Malah, jentera tersebut diparkir di hadapan rumahnya yang terletak di Rio de Janeiro.

Berdasarkan gambar tersebut juga, kelihatan huruf NJR iaitu singkatan namanya yang diletakkan di bahagian ‘ekor’ helikopter berkenaan.

Difahamkan juga, helikopter itu digunakan sebagai pengangkutannya ke tempat latihan ketika bersama skuad kebangsaan.

Sehingga kini, perkongsiannya di laman Instagram meraih lebih lima juta likes.

Rata-rata pengikutnya kagum dengan pembelian helikopter yang di luar jangkaan itu.

A post shared by NJ 10 ?? (@neymarjr)


Sekadar info, menerusi laporan dikeluarkan Forbes, pendapatan Neymar pada tahun ini dianggarkan melebihi USD76 Juta.

Jumlah itu sedikit turun berbanding sebanyak USD78 Juta pada tahun lalu.