BookXcess Online merupakan kedai buku atas talian yang pertama di Malaysia dengan menawarkan diskaun 50% hingga 80% untuk semua buku berkualiti Bahasa Inggeris, sepanjang masa. Ada yang semurah RM3.90 sahaja!

Sebutlah apa sahaja jenis buku dari buku khas untuk bayi sehinggalah orang dewasa seperti percintaan, pengembaraan, aktiviti, cabaran dan fantasi. BookXcess mempunyai pelbagai tajuk buku untuk memenuhi minat dan citarasa anda.

BookXcess menyediakan diskaun untuk anda 365 hari setahun, dan tentunya 366 hari untuk tahun lompat! Paling penting, anda tidak perlu bersusah payah beratur di kedai buku untuk mendapatkan buku dan novel kegemaran anda.

Kami senaraikan lima buah buku dan novel yang menjadi kegemaran ramai.

Crazy Rich Asians – RM19.90



Antara buku ‘bestseller’ yang diangkat menjadi filem yang cukup terkemuka di seluruh dunia dengan menampilkan Constance Wu, Henry Golding, Michelle Yeoh dan Gemma Chan! Apabila Rachel Chu bersetuju untuk menghabiskan cuti musim panas bersama teman lelakinya Nicholas Young di Singapura, dia membayangkan keluarga yang merendah diri dan menghabiskan masa bersama lelaki yang ingin dikahwininya. Walaupun begitu, Nick tidak memberitahu identiti keluarganya yang sebenar kepada kekasihnya.

The Mark of Athena – RM19.90



Dalam cerita ‘The Son of Neptune’, Percy, Hazel, dan Frank bertemu di Kem Jupiter yang merupakan Kem untuk Separa-Dewa sebelum mereka mengembara ke dunia dewa untuk melengkapkan pencarian yang cukup merbahaya. Buku ketiga dalam siri Heroes of Olympus ini akan mempertemukan mereka dengan Jason, Piper dan Leo dan akan bersama memenuhi ‘Prophecy of Seven’. Tetapi mereka hanya enam orang - siapakah orang ketujuh yang akan menyelesaikan ‘Prophecy of Seven’?

Art of Reading Mind – RM19.90



Bersama pakar mental terkemuka dari Sweden dalam pengembaraannya yang menakjubkan tentang dunia komunikasi dan signal yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Gunakan informasi ini dengan bijak! – Derren Brown. Membaca minda bukanlah aneh seperti yang disangka. Dalam setiap interaksi, kita memberikan beberapa signal tanpa kata-kata yang selalunya lebih nyata daripada kata-kata yang kita ucapkan.

Journey to The Centre of the Earth – RM17.90



Selepas berjaya memecahkan kod pada skrip runik, Profesor Lindenbrock yang berani dan anak saudaranya, Axel yang gemuruh, mengembara ke Iceland untuk mencari jalan rahsia ke pusat bumi. Mereka merekrut Hans yang pendiam sebagai juru pandu. Ketiga-tiga mereka kemudian melalui pelbagai cabaran yang aneh dan menakutkan.

Always and Forever, Lara Jean, Volume 3, To All the Boys I’ve Loved Before Series – RM17.90



Lara Jean menikmati saat yang indah sebagai pelajar senior. Dia sangat mencintai teman lelakinya, Peter, ayahnya berkahwin kembali dengan jirannya Ms. Rothchild dan Margot pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan. Tetapi saat indah itu tidak selamanya bertahan dan Lara Jean bakal melalui saat-saat sukar di dalam hidupnya.

Terlalu banyak buku dan novel yang menarik menanti anda di BookXcess dan dengan potongan harga yang hebat, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Layari laman sesawang BookXcess di www.bookxcessonline.com untuk mendapatkan buku-buku dan novel-novel kegemaran anda pada harga terendah. Penghantaran percuma bila anda berbelanja lebih RM60 dengan menggunakan kod promo BXASTRO.