Viral

Gunung Everest Berbau Busuk, Pendaki Wajib Tunjuk Bukti Najis Dalam Beg Khas

Maliah Surip
10/02/2024
12:27 MYT
Pihak berkuasa di Nepal mengeluarkan arahan dan undang-undang baharu terhadap para pendaki Gunung Everest.

BERITA TRENDING: "Trek Dia Biadab, Yang Dah Pergi Tahulah"- Catriona Ross Berlatih Mendaki Nak Ke Everest Base Camp?

Setiap pendaki diwajibkan membawa beg khas untuk mengisi najis lalu ditunjukkan kepada pihak berkuasa di base camp gunung itu, lapor Independent.uk.

BERITA TRENDING: 'Ravi Everest' Dedah Kesilapan Terbesar Pendaki, Kongsi Lima 'Tips' Penting!

Undang-undang baharu tersebut terpaksa dilaksanakan selepas gunung tertinggi di dunia itu kini berbau busuk dengan kebanyakan pendaki membuang air besar dan meninggalkan najis mereka di merata tempat.
Komuniti tempatan, Pasang Lhamu juga mengumumkan akan menjual beg khas kepada para pendaki mengisi najis mereka untuk dibawa pulang atau turun lalu ditinggalkan di base camp.
“Kami menerima terlalu banyak rungutan mengenai pendaki meninggalkan najis mereka merata-rata dan sangat berbau busuk sehingga ada yang jatuh sakit.
“Ini memburukkan imej kami dan tidak boleh diterima. Gunung kami mula berbau busuk,” ujar Pengerusi Pasang Lhamum Mingma Sherpa seperti dilaporkan BBC
Pihak berkuasa mengatakan undang-undang itu akan dilaksanakan untuk musim baharu pendakian bermula Mac hingga Mei 2024.

PILIHAN PEMBACA: "Perkara Pertama Saya Fikir Adalah..." - Azhan Rani Kongsi Pengalaman Mendaki Everest Base Camp

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.