Laman Utama

Gunung Marapi Meletus, Pendaki-Pendaki Terkandas Rakam & Muat Naik Video Minta Tolong

gempak
Izwan Isa
03/12/2023
22:55 MYT
Sponsor Banner
Gunung Marapi Meletus, Pendaki-Pendaki Terkandas Rakam & Muat Naik Video Minta Tolong

Beberapa rakaman video yang dipercayai milik pendaki-pendaki yang terkandas dan saat Gunung Marapi meletus pada petang Ahad tersebar di laman sosial.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan seorang wanita yang merakam wajah dan rambutnya yang kotor akibat salutan lumpur abu.

BERITA TRENDING: Sebab ‘Percikan Api’ Pre-Wedding, Gunung Bromo Sudah 6 Hari Terbakar

Rambut wanita itu kelihatan tidak terurus sementara baju dan jaketnya juga turut disalut kotoran yang serupa.

"Tolong, begini keadaan ku sekarang," kata wanita itu.
Pada video lain, seorang pendaki wanita merakam dirinya dengan keadaan wajah yang banyak luka, selain mengeluarkan air liur yang telah memekat. Wanita itu juga menunjukkan keadaan tempatnya yang dipenuhi dengan abu letusan gunung berapi.
Gunung Marapi yang juga gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera, meletus petang semalam sehingga menyebabkan hujan abu melitupi daerah Agam di Sumatera Barat dan pihak berkuasa menasihati orang ramai memakai pelitup muka.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) melaporkan, letusan pada jam 2.54 petang waktu tempatan itu memuntahkan abu hingga bertebaran sejauh tiga kilometer (km) dari kawah puncak, diiringi bunyi gemuruh.

BERITA TRENDING: Kutukan Sembilan Setan Kisah Sebenar Kejadian Seram Di Gunung Bromo!

Peningkatan aktiviti gunung berapi di gunung setinggi 2,891 meter itu telah berterusan sejak awal tahun ini dengan status amaran ditetapkan pada tahap dua.

Bagaimanapun, jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia, Abdul Muhari, berkata tiada kemalangan jiwa ataupun kerugian harta benda dilaporkan, setakat ini, manakala aktiviti masyarakat juga tidak terjejas.
Pegawai agensi operasi bencana di Agam, Ade Setiawan pula memaklumkan hujan abu gunung berapi berlaku di Nagari Lasi, mukim Canduang.
"Hujan abu gunung berapi agak tebal dan gelap tetapi kini mulai berhenti," katanya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan menasihati orang ramai supaya memakai pelitup muka ketika keluar rumah, dan membersihkan bekalan air serta bumbung daripada abu gunung berapi bagi mengelakkan ia runtuh.

BERITA TRENDING: Bapa Bawa Anak 2 Tahun Panjat Gunung Kena Kecam

Gunung Marapi direkodkan meletus pada 8 September 1830 dan sekali lagi pada 30 April 1979 yang menyebabkan sekurang-kurang 60 kematian.

Ia turut menunjukkan peningkatan aktiviti dari akhir 2011 hingga awal 2014 sebelum meletus pada 26 Februari 2014.
Sumber: Platform X, Era.ID, Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live