Berita mengenai seorang guru Pendidikan Agama islam (PAI) SMK Negeri 1 Taliwang, Sumbawa Barat, Akbar Sarosa yang dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh ibu bapa muridnya sendiri menjadi bualan banyak pihak.

Tindakan ibu bapa tersebut susulan daripada hukuman yang diberikan oleh Akbar kepada seorang murid yang enggan solat Zuhur secara berjemaah.

Kronologi kejadian bermula ketika Akbar Sarosa meminta pelajarnya untuk melaksanakan solat Zuhur secara berjemaah.

Tetapi, tiga pelajar enggan berbuat demikian. Akbar cuba menegur mereka, namun teguran tersebut tidak diendahkan. Akhirnya, ketiga-tiga pejajar tersebut dihukum dengan cara dipukul di telapak tangan dan bahu.

Hukuman yang dikenakan itu menuai protes daripada salah seorang orang tua pelajar yang merasa tidak puas dengan perlakuan tersebut.

Orang tua tersebut melaporkan Akbar ke pihak berkuasa dan menuntut ganti rugi sebanyak Rp 50 juta (RM15,000) atas tindakan yang dianggap tidak sepatutnya terhadap anak mereka.

Kejadian ini dikongsikan oleh seorang wargamaya di TikTok.

"Cikgu Akbar dilaporkan oleh orang tua pelajar kerana anaknya dihukum lantaran tidak mahu disuruh solat.

“Semoga Cikgu Akbar mendapatkan keadilan," tulis individu tersebut dalam videonya.

Dalam pada itu, akaun TikTok berkenaan turut memuat naik video aksi solidariti guru di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat.

“Tindakan solidariti antara PGRI Kabupaten Sumbawa Barat dan Kabupaten Sumbawa NTB untuk Cikgu Akbar.

“Semoga Cikgu Akbar bebas daripada segala tuntutan undang-undang. Amin," tulisnya dalam kapsyen.

Sumber: Tribunnews

BACA: Gagal Tahan Nafsu Lepas Layan Filem Porno, Guru Sekolah Agama Liwat Pelajar Lelaki​

BACA: Bapa Lastik Biji Mata Cikgu Sebab Tak Puas Hati Anaknya Ditendang Kerana Merokok​