Laman Utama
GV10: "Kalau Arwah Masih Ada..." - Liza Hanim
Penyanyi Liza Hanim mendedahkan yang dia terkenang memori bersama allahyarham Siti Sarah ketika sedang menunggu giliran persembahan bagi segmen peserta hot seat All Stars Gegar Vaganza semalam.
Kebetulan menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi yang pernah dipopularkan oleh Sarah, menurut Liza dia sempat membacakan Al-Fatihah kepada arwah sebelum meneruskan persembahan.
“Masa tunggu di hotel, saya sempat buka Youtube (menonton Gegar Vaganza). Ketika itu, Khai Bahar dan Nadeera sedang menyanyi untuk memperkenalkan para peserta musim ini. Saya beritahu team saya: ‘dulu kita pernah nyanyi dengan arwah Sarah’. Pada waktu itu saya sedang hamil anak kelima.
Advertisement
“Jadi saya terkenang memori dengan arwah… pergi berlatih dekat rumah Tok Ram sama-sama. Jadi saya hanya terkenangkan arwah, acknowledge yang dia sudah tiada. Dia akan sentiasa dirindui,” tutur Liza Hanim.
Ditanya adakah kemungkinan arwah akan mengisi kerusi hot seat jika dia masih ada, jawab Liza: “Sudah tentu. Kalau arwah masih ada... dia pasti akan tersenarai sebab dia merupakan penyanyi yang bagus dan berbakat besar,” kongsi Liza yang popular dengan lagu Gelisah mimpi itu.
Melanjutkan bicara mengenai persembahannya pada malam semalam, Liza berkata, dia agak gementar memandangkan dia tidak pernah menyanyikan lagu yang ditugaskan oleh Datuk Ramli MS kali ini.
“Saya takut sebab jarang nyanyi lagu berentak rancak, tambahan pula saya tidak pernah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi… pernah dengar tapi tak pernah nyanyi.
“Tapi apa pun, saya naik atas pentas dengan satu matlamat iaitu untuk have fun. That’s the thing, kita perform sebab kita nak have fun,” katanya lagi.
Untuk rekod, Siti Sarah menyertai Gegar Vaganza musim ketiga.
Selain Liza, peserta hot seat All Stars Gegar Vaganza termasuklah Zamani, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Tomok dan Suki Low.
Peserta sedia ada untuk musim ini adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video