Konsert minggu ketiga GegarVaganza 4 (GV4) berakhir apabila Raja Azura diumumkan sebagai bintang kedua tersingkir.
Dengan tema ‘Berani Ke Tidak’, konsert kali ini menyaksikan Liza Hanim sekali lagi menduduki tangga teratas dengan markah 83.40%
Manakala Raja Azura menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 61.2%
Untuk konsert ketiga ini juga, Liza Hanim yang menyampaikan lagu Lagu Untukmu dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati.
Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan menerima ‘like’ paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida yang juga merupakan penaja GV4.
Selain Liza Hanim, Aishah juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week buat kali kedua dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta diberi pilihan untuk menentukan giliran persembahannya minggu ini.
Dalam pada itu, kesemua bintang GV4 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Yusof Haslam.
Di bawah merupakan ‘recap’ komen-komen dan juga persembahan bintang GV4:
BACA: 10 BINTANG MARA KE MINGGU KEEMPAT, INI SENARAI MARKAH PENUH
Liza Hanim - Lagu Untukmu
“Kamu boleh mencipta karya vomal kamu, variasi yang besar dia punya idea. Kamu sangat kuat dengan idea. Bukan senang bunda nak bangun. Ini yang patutnya ada kepada semua penyanyi,” - Datuk Ramli MS
Firman Siagian - Zalikha
“Ideanya cemerlang, ini yang selalu bunda bicarakan. Menyanyi itu seperti bicara dan kamu dapat kesemuanya. Hanya sedikit sahaja flat. Tetapi keseluruhan terutama klimaksnya, uiihhh tembaknya mantap! Bagus tapi harus terus belajar, belajar dan belajar, saingan kamu berat,” - Hetty Koes Endang
Lan Kristal - Sayang-Sayang
“Awak bawa dengan ‘style’ sendiri, satu persembahan yang tak mengecewakan dan teruskan perjuangan,” - Datuk Yusof Haslam
Hazami - Joget Kenangan Manis
“Lembut je menyanyi, menari dan yang penting joget adalah keriangan dan ‘story telling’. Kamu menyanyi banyak watak, itu bagus. Cuma ada semput bila menari, dalam pertandingan semua itu diambil kira,” - Datuk Ramli MS
Tia Jimbara - Bila Resah
“Kamu nyanyikannya asyik sekali, ‘groovenya’ dapat. Hanya kenapa ekspresi agak stress? Jangan, rilek sahaja. Okay, sukses Tia Jinbara,” - Hetty Koes Endang
Aishah - Terukir Di Bintang
“‘I like your vocal’, minggu ketiga ni awak sangat konsisten, bila awak ‘more stronger’ yang lain agak kena bekerja keras. ‘You have to be more stronger’,” - Datuk Ramli MS
Syura - Knock Knock
“Lagu ini tak ada ‘traffic light’, nafas kamu sangat bagus. Yang paling saya kagum, kamu seorang penyanyi lagu-lagu tradisional tapi bila bagi lagu yang moden, ‘you can sing’. Teroka lagu-lagu yang lebih beri kamu kemenangan dalam seni kamu,” - Datuk Ramli MS.
Haida - Kenangan Bersamamu
“Awak punya ekspresi dan vokal fantastik! Saya terpukau dan awak telah buktikan awak seorang penyanyi yang hebat. Persembahan bagus, kawalan pentas bagus. Tak over, ‘just nice’ dan tahniah,” - Datul Yusof Haslam.
Aqasha - Cinta Tak Keruan
“Agak terkejut jugalah sebab ini bukan genre awak. Awak bawa macam dangdut, saya ‘salute’ dia boleh bawa semua jenis lagu. Awak buktikan awak versatile,” - Datuk Yusof Haslam
Elyana - Wulan Merindu
“Kamu ini mempunyai suara yang ‘powerfull’, sebetulnya ini menurut bunda saat di depannya okay. Cuma jangan terlalu ‘force’ kerana ini lagunya manis. Tapi kamu sudah cuba nyanyi yang keluar dari ‘comfort zone’, itu sudah bagus. Tapi bunda senang dengan penampilan kamu,” - Hetty Koes Endang.
Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps
“Ini seperti di Las Vegas seperti ‘broadway’. Kamu menjiwai, kamu bagus sekali, ‘powernya’, manjanya, semua dapat,” - Hetty Koes Endang
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Mon Nov 13 2017
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.