Ahli kumpulan V.E Fakhiz memaklumkan anak bongsunya yang baharu berusia dua bulan terpaksa menerima rawatan di Hospital Shah Alam disebabkan keracunan makanan.
Malah Fakhiz turut berharap semua peminat dapat mendoakan keadaan anaknya iaitu Jauza Hanania yang masih dalam keadaan lemah dan terpaksa diberikan susu melalui hidung.
“Dia dah berada di wad selama tujuh hari disebabkan keracunan makanan. Terpaksa diberikan susu melalui hidung sebab dia tak boleh nak makan. Petang tadi, keadaan dia masih lagi lemah,” kata Fakhriz dalam keadaan sebak.
Fakhiz berkongsi perkara tersebut selepas ditanya pengacara Elly Mazlein sebaik sahaja selepas menerima komen dari juri tetap di konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang sedang berlangsung malam ini.
Terdahulu, Fakhiz menerusi laman Instagram miliknya berkongsi foto memperlihatkan keadaan anaknya yang dimasukkan ke wad selepas mengalami masalah dehidrasi sejak tujuh hari lalu.
Pada malam konsert minggu kelapan, V.E menyampaikan lagu Rozana nyanyian asal kumpulan Search dan mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat.
Rancangan Realiti
GV9: Fakhiz (V.E) Sebak Kongsi Keadaan Anak, Dah 7 Hari Dirawat Di Hospital Akibat Keracunan Makanan - “Terpaksa Diberikan Susu Melalui Hidung”