Laman Utama

GV9: Imej Tindik Hidung & Kuku Panjang, Ini Jawapan Shila Amzah “Bila Orang Tak Suka Kita, Mereka Akan…”

gempak
Asyikin Mayudin
21/10/2022
07:55 MYT
Sponsor Banner
GV9: Imej Tindik Hidung & Kuku Panjang, Ini Jawapan Shila Amzah “Bila Orang Tak Suka Kita, Mereka Akan…”
Imej peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Shila Amzah yang tindik hidung dan memakai kuku panjang mengundang kritikan netizen di laman sosial.
Menyedari ada netizen yang tidak menyukainya, Shila berkata dia tetap menerima kritikan netizen dengan hati terbuka untuk memperbaiki lagi kelemahan dalam dirinya.
“Bukan la betul… boleh cabut (kuku). Bila orang tak suka kita, mereka akan pick apa yang tak suka… lepas itu, cari la benda yang tak suka.
“Minggu ini kita tak suka yang ini, jadi ini kita nak cakap. Tapi dalam masa sama, tak apa la… kadang-kadang ada pelbagai pendapat dan tak apa la.
“Bagi saya sendiri, apa yang baik saya akan ambil dan seandainya benda tak baik itu boleh memperbaiki sesuatu dalam diri saya yang penting, saya akan ambil juga. Saya tetap akan terima dengan hati terbuka,” kata Shila kepada Gempak.
Sebelum ini, netizen mempersoalkan imej tindik hidung dan kuku panjang yang digayakan penyanyi Shila Amzah ketika membuat persembahan di pentas GV9.
Sementara itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini memberitahu dia sememangnya sudah bersiap sedia dengan segala kritikan atau kecaman ketika menerima tawaran untuk sertai program realiti Astro.
“Bagi saya, ia bukan sesuatu isu dan ketika saya terima pun (tawaran GV), saya harus bersedia. Untuk buat apa-apa yang sebelum ini atau akan datang, saya dah bersedia.
“Sama ada saya boleh terima atau tidak secara mental dan fizikal, itu tertakluk padq keadaan ketika itu. Tapi setakat ini, Alhamdulillah minggu lalu saya okay,” ujarnya.

Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live