Laman Utama

GV9: Kerap Buat Muka ‘Sombong’ Ketika Juri Beri Komen, Ini Jawapan Shila Amzah - “Saya Ini Pula Jenis…”

gempak
Asyikin Mayudin
22/11/2022
04:55 MYT
Sponsor Banner
GV9: Kerap Buat Muka ‘Sombong’ Ketika Juri Beri Komen, Ini Jawapan Shila Amzah - “Saya Ini Pula Jenis…”
Gara-gara kerap menunjukkan reaksi muka kerut ketika mendengar komen daripada juri, bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Shila Amzah dianggap biadab oleh segelintir netizen.
Shila bagaimanapun menjelaskan wajahnya kerut disebabkan mahu fokus mendengar komen juri dengan betul memandangkan ketika itu dia masih memakai ‘ear monitor’.
“Bayangkan bila dah habis buat persembahan, dengan penat, kita dengar. Saya ini pula jenis kalau tengah fokus nak dengar komen, muka saya akan berkerut… tapi itu muka fokus saya.
“Pernah ke saya buat (rolling eyes) waktu juri tengah komen? Tak pernah pun macam gitu… kalau buat mata itu betul la, tapi kalau sambil berkerut tu sebab saya tengah dengar.
“Sebab saya pakai ear monitor, suara juri tak ada tak dengar dalam telinga saya… saya tak sempat ya nak buka. Jadi, saya kena fokus dan dengar betul-betul,” kata Shila kepada Gempak.
Tetap tenang menjawab dakwaan itu, Shila berkata dia teringin untuk mendengar sendiri kritikan netizen secara bersemuka.
“Apa yang boleh saya katakan, orang di Twitter ini ada jari mereka untuk kata apa sahaja mereka nak. Seandainya mereka berani untuk mengujarkan hal sebegitu pada saya secara bersemuka, saya sangat seronok untuk mendengar daripada mereka.
“Tak tahu la kenapa, saya bernafas pun orang akan bercakap. Orang memang tak suka saya,” ujarnya.
Pada konsert separuh akhir GV9 pada Ahad lalu, Shila menduduki tempat kedua dengan markah 79.20% menerusi lagu Sang Dewi (Titi DJ) dan Sampai Bila (Misha Omar) duet bersama Jaclyn Victor.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live