Kehadiran ibu dan bapa bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman di konsert separuh akhir pada malam semalam menarik perhatian netizen.

Ia sekali gus juga menepis segala dakwaan mengenai status rumah tangga ND Lala dengan isteri yang pernah bermasalah selain hubungannya dengan Shila.

Mahu memberi kejutan kepada penonton, Shila melahirkan rasa gembira apabila bapanya yang menunaikan janji untuk hadir ke konsert separuh akhir dan final.

“Itulah kejutan saya untuk kalian semua. Kita memang dah plan, tapi dia sibuk. Sebelum ini kalau weekend dia selalu ada hal kan.

“Jadi, saya sangat gembira melihat ayah saya. Lagipun dia memang dah janji semi final dan final nak datang,” katanya kepada Gempak.

ND Lala dan isteri turut ditemani oleh seorang lagi anak mereka iaitu penyanyi Syada Amzah di konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Sekitar Mac lalu, rumah tangga ND Lala dan isteri pernah didakwa goyah apabila mereka dikatakan sudah bercerai namun Shila tampil menafikan dakwaan tersebut.

Shila bagaimanapun mengakui ketika itu, ibu bapanya sedang melalui fasa sukar selepas 33 tahun berkahwin.

Terdahulu, Shila yang menyanyikan lagu Sang Dewi dan duet bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Sampai Bila mendapat markah 79.20%.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!