Laman Utama
GV9: Shilalas Enggan Beri Tekanan, Teruja Menantikan Kejutan Shila Amzah Di Konsert Final - “Dia Tak Perlu Buktikan Apa-Apa Untuk Jadi Juara…”
Bakal berentap di pentas akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) pada Ahad ini, sudah pasti peminat mengharapkan penyanyi kesayangan mereka melakukan yang terbaik dan membawa pulang gelaran juara.
Peminat kepada penyanyi Shila Amzah yang dikenali sebagai Aimi berkata dia dan ahli kelab Shilalas yang lain hanya mahu bintang GV9 itu membuat persembahan sehabis baik.
Tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk bergelar juara, Aimi bagaimanapun memberitahu mereka akan tetap menyokong Shila walau apa pun yang akan terjadi pada malam konsert akhir itu nanti.
“Harapan kami sebagai Shilalas, apa yang boleh saya katakan, kami mengharapkan Shila dapat beri persembahan yang letup dan sehabis baik yang dia boleh buat.
“Buat yang terbaik untuk diri dia dan semua orang yang akan menonton konsert akhir GV9 nanti. Kami tak kisah Shila dapat nombor berapa, sebab Shila memang nombor satu dalam hati kami.
“Bukan sekadar peminat sahaja, kami dah anggap dia seperti keluarga. Jadi, tak kisah la dia juara atau tidak, kami tetap akan sokong dia walau apa pun berlaku,” katanya kepada Gempak.
Menurut Aimi lagi, mereka tidak dapat menjangkakan apa yang Shila akan lakukan atau kejutan yang telah dirancang namun enggan memberi tekanan kepada penyanyi itu.
“Sejujurnya, kami sukar untuk menjangkakan apa kejutan yang bakal dilakukan Shila pada konsert malam itu nanti. Dia terlalu banyak surprise elements.
“Yang pasti, kami tahu dia akan buat yang terbaik untuk peminat dan semua orang yang menonton. Bagi saya, dia tak perlu buktikan apa-apa untuk jadi juara. Sebab dia memang dah juara.
“Kami tak beri tekanan pada dia sebab bagi kami, nombor itu tidak menentukan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi sebab memang dah tahu kemampuan dia,” ujarnya.
Selain Shila, lima bintang GV9 iaitu Jaclyn Victor, Tomok, Bob Yusof, Hazrul Nizam dan V.E turut berentap untuk mendapatkan gelaran juara pada konsert yang akan berlansung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad ini.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video