Skip to main content

Berita Tempatan

“Habis Makan, Time Nak Bayar Cashier Cakap…”-Fakhrul UNIC Tak Sempat Ucap Terima Kasih Pada…

fakhrulunic.jpg
Penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul terkejut makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran telah dibayar oleh pasangan suami isteri yang tidak dikenali.

Menurut Fakhrul, pada mulanya pasangan itu berbalas senyuman dengannya di restoran tersebut.

Bagaimanapun, selepas selesai makan dan hendak membayar, juruwang memberitahu makanannya sudah dibayar oleh pasangan tersebut.

“Banyak kali dah jadi macam ini… Tengah makan tadi ada suami isteri ni dok senyum-senyum kat saya, saya pun balaslah senyum balik dan angkat tangan kat depa.

“Habis makan time nak bayar, cashier cakap bill abang semua dah settle… Couple tadi yang bayarkan rupanya.. Alhamdulillah rezeki tak sangka-sangka,” tulisnya.

Fakhrul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Fakhrul berkata dia teringin untuk mengucapkan terima kasih namun tidak berkesempatan.

“Tak sempat nak ucap terima kasih kat depa.. Saya doakan rezeki terbaik Allah ganti buat depa. Kalau orang jamu kita makan, baca doa yang Nabi saw ajar ni.

“Ya Allah, berilah makan orang yang beriku makan, berilah minum orang yang beriku minum,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengannya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Banyak kali dh jd camni..Tgh mkn td ada suami isteri ni dok senyum2 kt sy, sy pun bls la senyum balik n angkat tgn kt depa. Habis mkn time nak byr, cashier ckp bill abg smua dh settle..couple td yg byrkan rupanya..alhamdulillah rezeki tak sangka2. Xsmpat nk ucap tq kt depa..sy doakan rezeki terbaik Allah ganti buat depa. Kalo org jamu kita mkn, baca doa yg Nabi saw ajar ni : . . اللهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَاسْقِ مَنْ سَقَانِي (رواه مسلم) . “Ya Allah, berilah makan orang yg beriku makan,berilah minum orang yg beriku minum” . . InsyaAllah lepas ni sy lepak shell out or kedai steak, sapa yg masuk kedai pun sy akn senyum n lambai..walau dia xkenai sy ?

A post shared by فَخْرٌ (@fakhrulunic) on

Advertisement

Must-Watch Video