Filem

"Habis Penggambaran Hampir Seminggu Saya Tak Keluar Rumah .." - Niezam Zaidi

gempak
Zulaikha Yusof
03/02/2020
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Habis Penggambaran Hampir Seminggu Saya Tak Keluar Rumah .." - Niezam Zaidi
Pelakon Niezam Zaidi mendedahkan dia kerap menghabiskan masa bersama keluarga di kampung jika tidak berlakon.
Jelas Niezam, keutamaannya adalah keluarga memandangkan ayahnya sudah berusia.
"Saya tak pernah menghilangkan diri dari industri..Tahun ini saya ada dua filem iaitu Rempit 2 dan Perajurit.
"Mungkin sekarang ini lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga di kampung.
"Ayah saya kini sudah berusia 65 tahun. Kalau mula penggambaran saya takkan balik ke kampung dua hingga tiga bulan.
"Saya akan terima kalau filem atau telefilem kerana hanya memakan masa yang pendek dan membolehkan saya kerap pulang ke kampung," katanya kepada Gempak.
Niezam ditemui ketika majlis tayangan filem M4M4 di Mm Cineplexes, e@Curve, Mutiara Damansara.
Tambah pemilik nama Mohd Niezam Mohd Zaidi, 28, akui watak Remy dalam filem M4M4 sangat berat untuk dilakonkan.
"Untuk pegang dan lakonkan watak ini sangat perit. Selepas habis penggambaran hampir seminggu saya tak keluar rumah.
"Jujur saya cakap, kita selamat hanya disebabkan agama Islam.
"Kalau takda iman, ya Allah saya sampai terbawa-bawa karakter itu dalam kehidupan.
"Watak ini sangat berat untuk saya. saya jadi 'lost' sampai tak tahu apa dah jadi dengan diri saya," katanya lagi.
Selain Niezam, filem M4M4 ini turut dibintangi Nabila Huda, Bella Dowanna, Kodi Rasheed, Faizal Hussein, Eyra Hazali, Ungku Hariz, Izzy Reef dan ramai lagi.
Filem terbitan Da Motion Pictures ini akan ditayangkan mulai 6 Februari ini di 107 pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live