Laman Utama
“Habis Tu Bapak Aku Selama Ni Tak Berkerusi Roda Ke?” - Adik Sajat Geram Netizen Tuduh Tak Jaga Bapa
Adik kepada usahawan kontroversi, Nur Sajat iaitu Mustika tampil menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia tidak menjaga bapanya.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyatakan Mustika seolah-olah lepas tangan dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap bapanya yang kini dalam keadaan kurang sihat.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Mustika menafikan tuduhan itu menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
“Masalahnya mana mak aku, kembar aku dan aku masa Alif ni datang ha? Tak pasal-pasal aku kena fitnah lagi. Habis tu bapak aku selama ini memang tak berkerusi roda ke?” tulisnya.
@must1ka_55
Alif tu,laki orang mati pun dia nk record!!♬ Oh No - Kreepa
Dalam video yang sama, Mustika juga turut menunjukkan bukti kerusi roda digunakan bapanya sebelum menerima yang baharu daripada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri.
Video tersebut juga turut disertakan dengan kapsyen seolah-olah memerli usahawan berkenaan.
“Aliff tu, laki orang mati pun dia nak rekod!” coretnya.
Bagaimanapun ruangan komen di hantaran tersebut juga telah dinyahaktifkan.
Terdahulu, Sajat menerusi sesi siaran langsung di TikTok dgagal menahan air mata selepas menerima berita tentang keadaan kesihatan bapanya yang kurang memuaskan.
Sajat yang kini berada di Australia kemudiannya menyatakan hasrat untuk membelikan kerusi roda baharu buat bapanya.
Disebabkan itu, sahabat baiknya iaitu Aliff Syukri menawarkan diri untuk membantu membelikan kerusi roda tersebut sebelum diserahkan kepada bapanya.
Must-Watch Video