gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Jangan Sibuk Nak Tegur Rumah Tangga Orang Kalau…” - Che Ta ‘Geram’ Netizen Berterusan Pertikai Caranya Didik Anak
SUKAN
Klinik STL 2025 Bakal Cetus Transformasi, Sertai Kem Latihan Asas Di Pusat Akademi Sepak Takraw Negara Yang Pertama Di Malaysia!
HIBURAN
Netizen Kurang Senang Lihat Aishah Menari, Ini Respons Tuan Badan - “Kerja Saya, Tak Suka Sila Scroll”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hadapi Masalah Kesihatan, Hafiz Suip Tak Dapat Adakan Persembahan Di Konsert MeleTOP TVS

gempak
Asyraf Roslan
17/05/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Hadapi Masalah Kesihatan, Hafiz Suip Tak Dapat Adakan Persembahan Di Konsert MeleTOP TVS
Penyanyi, Hafiz Suip diumumkan tidak dapat membuat persembahan di Konsert MeleTOP TVS pada Sabtu.
Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh hos, Nabil Ahmad semasa siaran langsung Konsert MeleTOP TVS.
"Dukacita dimaklumkan Hafiz tidak dapat bersama dengan kita pada malam ini, kerana dia mengalami masalah kesihatan" Katanya.
Hafiz difahamkan bakal menyanyikan tiga buah lagu popularnya iaitu Awan Nano, Noktah Cinta dan Kisah Cinta Kita.
Gempak cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak Hafiz namun masih tiada sebarang jawapan.
Terdahulu, Hafiz Suip dilaporkan berdepan masalah kesihatan apabila disahkan mempunyai batu karang dalam buah pinggang.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hafiz atau nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Suip, 35, melalui satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Selain Hafiz, antara penyanyi yang turut mengadakan persembahan adalah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Mimi Fly, Nadeera Zaini dan Stacy.
Konsert MeleTOP TVS dihoskan oleh Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana dan juga pengacara TVS Ghazali Zawawi, Cheryl Tog dan Fattah Bolh.
Konsert ini berlangsung di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) dan disiarkan secara langsung di TVS (saluran 122) jam 9 malam serta di Astro ONE dan Sooka.
Topic Berkaitan
#Hafiz Suip
#Konsert MeleTOP TVS
Must-Watch Video