Laman Utama

Hadir Ke Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Siti Saleha Bergolak?

gempak
Hanafis Haris
13/10/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Hadir Ke Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Siti Saleha Bergolak?

Industri hiburan tanah air hari ini digemparkan dengan dakwaan rumah tangga pelakon Siti Saleha yang dikatakan sedang bergolak.

Isu tersebut tercetus selepas Siti Saleha selaku plaintif didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Difahamkan, menerusi laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi.

Malah prosiding itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Dalam pada itu, Gempak masih menunggu pengesahan daripada Siti Saleha sendiri mengenai status perkahwinannya itu.

Sehingga artikel ini ditulis, aktres tersebut masih belum memberikan sebarang respon.

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live