Skip to main content

Budaya Popular

Hafeez Mikail Bakal Timang Baby Girl!

astro-gempak-hafeez-mikail-baby-girl.png

Pelakon, Hafeez Mikail mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi video majlis ‘gender reveal’ yang dimuatnaik di Instagram milik Hafeez.

“Terima kasih juga yang tak terhingga kepada mereka yang hadir ke majlis kecil kami. Doa kalian semua amat kami hargai,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Komen warganet

Sementara itu, dapat dilihat ruangan komen telah dihujani dengan ucapan tahniah oleh warganet.

“Alhamdulillah, tahniah.

“Congrats, tak lama lagi bakal jadi ayah dan ibu.

“Semoga semua urusan dipermudahkan, tahniah hafeez dan wife,” komen beberapa netizen. 

Untuk info, Hafeez Mikail selamat bernikah dengan pasangan pilihannya, Noor Azira Azman dengan sekali lafaz di Changkat Telang, Hulu Langat, Selangor pada Mei tahun lalu.

Berita Trending: Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami

Berita Trending: [VIDEO] “Alhamdulillah…” - Hafeez Mikail Kini Suami Noor Azira, Sebak & Menitiskan Air Mata Selepas Akad Nikah

Must-Watch Video

Advertisement