Pelakon Hafeez Mikail mengucapkan rasa syukur selepas selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Noor Azira Azman.

Dengan sekali lafaz, majlis pernikahana pasangan ini berlangsung di Changkat Telang, Hulu Langat, Selangor semalam.

Hafeez atau nama lengkapnya Muhd. Hafiz Muhd. Zaki, 31, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin kepada pihak pengantin perempuan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Hafeez kelihatan sebak dan mengalirkan air mata selepas akad dilafazkan.

A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail)


Paling unik apabila pasangan ini memilih persalinan berkonsepkan jawa dan jelas kelihatan wajah gembira mempelai.

Dalam hantaran berlainan, Hafeez juga turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.

“Alhamdulillah, saya dan isteri selamat diijabkabulkan pada 6/5/23. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu menjayakan majlis kami.

“Terima kasih juga kepada mereka yang hadir pada majlis kami, saya dan isteri ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan dari pihak kami sepanjang proses majlis dijalankan,” coretnya.

A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail)


Terdahulu, Hafeez dan Azira mengikat tali pertunangan di kediaman pihak wanita yang terletak di Beranang, Selangor pada 24 Disember 2022 selepas lebih setahun berkenalan.