Pelakon Robbie Coltrane telah meninggal dunia di usia 72 tahun pada petang Jumaat.

Memetik laporan antarabangsa BBC News, pelakon yang terkenal dengan watak Hagrid menerusi filem Harry Porter itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Scotland.

Berita pemergian Robbie turut dikongsikan oleh penulis skrip filem Harry Porter, J.K Rowling menerusi hantaran terkini di Twitter miliknya.

Rowling menyifatkan Robbie sebagai seorang pelakon yang memiliki bakat luar biasa dan dia amat bertuah apabila dapat mengenali aktor tersebut.

“Saya tidak pernah mengenali orang yang mempunyai sifat seperti Robbie. Dia adalah seseorang yang memiliki bakat luar biasa.

“Saya sangat bertuah mengenalinya, bekerja dengannya dan ketawa bersamanya.

“Saya merakamkan salam takziah kepada keluarganya di atas berita duka ini,” tulis Rowling.