Berita
“Hai Jodoh, Aku Mahu Kamu...”- Nadzmi Adhwa Lamar Ardell Aryana?
Umum mengetahui pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana berkawan rapat sejak pelakon wanita itu dikatakan jatuh sakit.
Terbaharu, Nadzmi memuat naik videonya sedang menyanyi di dalam kereta bersama Ardell di akaun Instagram (IG).
Menerusi entri tersebut, Nadzmi bertanya kepada pengikut IGnya, pernahkah mereka kena ‘friendzone’ (reject bercinta/ berkawan sahaja) dihadapan orang yang disukai.
"Siapa pernah kena friendzone depan depan? Bukan sekali tapi dua kali tau, Taknak dia kata. Orang cakap orang yang mula mula memang taknak nanti dah lama lama orang yang kita taknak la orang yang paling kita sayang," tulisnya
Dalam video terbabit, Nadzmi telah dua kali cuba ‘melamar’ Ardell sebagai kekasihnya, tetapi malangnya, Ardell menolak bulat-bulat.
“Hai jodoh...kau lah jodoh,” kata Nadzmi kepada Ardell
“Tak nak la..!” jawab Ardell.
Tidak berakhir disitu, Nadzmi kemudian cuba buat kali kedua.
“Aku mahu kamu...” katanya.
“Ehh bongok ea kau! Tak nak laaa..” jawab Ardell sambil ketawa
Rata-rata pengikut mereka terhibur melihat gelagat mereka di dalam video tersebut.
Malah ramai mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh.
Must-Watch Video