Pelakon drama rantaian Adam Bukan Adam, Haidar Hasanudin tampil menjelaskan kekeliruan segelintir warganet berhubung pemakaian rantai yang didakwa mirip simbol salib baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Haidar Hasanudin Puas Hati Watak Curang Lakonannya Dalam Adam Bukan Adam Dikecam

Tegas Haidar, rantai tersebut punyai cangkuk kepada loket yang menyebabkan ia kelihatan mengelirukan.

"Saya nak beri penjelasan berkenaan beberapa soalan dibangkitkan netizen mengenai dakwaan saya memakai rantai lambang salib di Anugerah Podcast Syok 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

"Video yang dikongsikan di akaun TikTok Syok itu mengundang persoalan dan menimbulkan dakwaan kurang enak. Saya rasa perlu untuk saya memberikan penjelasan kepada semua kerana ia menyentuh soal sensitiviti agama.

"Saya mahu tegaskan yang ia bukanlah rantai salib. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tidak pernah terfikir langsung mahu mengenakan rantai berlambang salib.

"Sebenarnya, ia merupakan cangkuk kepada pendant rantai yang saya gayakan. Rantai tu tersimpul di bahagian cangkuk terbabit, jadi ia kelihatan agak mengelirukan dalam video," ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.



Justeru, Haidar memohon maaf atas kekeliruan yang tercetus dan mengharapkan agar penjelasan terbabit menjernihkan keadaan.

"Saya memohon maaf atas segala kekeliruan dan saya berharap penjelasan yang saya berikan dapat menjernihkan keadaan.

"Saya mengaku kekhilafan saya yang mungkin terlepas pandang dan saya sangat sesali perkara ini dan menjadikan ia sebagai pengajaran di masa akan datang," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: Nafi Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Haidar Hasanudin Terima Mesej Ugutan Selepas Terlanggar…