,
Laman Utama

Hajat Besarkan Zakar Tak Sampai, Cincin Tersangkut Di Kemaluan Selama 4 Bulan! - "Ia Telah Membengkak Sehingga ..."

Amri Hassan
07/10/2022
10:55 MYT
Pakar bedah di Hospital Besar Krungthai, Thailand terpaksa mendapatkan bantuan daripada bomba untuk memotong sebentuk cincin besi yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki selama empat bulan.
Pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu telah memasukkan cincin pada kemaluannya dalam usaha untuk mendapatkan saiz lebih besar.
Malangnya, cincin itu telah menyekat aliran darah pada bahagian zakarnya.
Petugas keselamatan telah menggunakan alatan memotong termasuk pengimpal besi untuk memotong cincin berkenaan. Memetik laporan Metro, prosedur itu mengambil masa selama hampir sejam.
"Lelaki berkenaan telah memakai cincin besi pada zakarnya selama empat bulan. Dia berharap dapat membesarkan kemaluannya namun ia telah membengkak kerana pengaliran darah yang tidak lancar.
"Pesakit itu sebelum ini sering menggunakan cincin sejak empat tahun lalu tanpa ada sebarang implikasi," kata doktor yang bertugas, Somchai Chokchai.
Bulan lalu di Indonesia, pakar bedah terpaksa menggunakan pengisar elektrik untuk membuang cincin yang juga tersangkut di kemaluan seorang lelaki.
Pesakit berkenaan mengaku cincin terbabit telah tersekat selama 10 jam.
Pada 2019, seorang lelaki di Hong Kong telah dimasukkan ke hospital kerana sebentuk nat besi telah tersangkut di kemaluannya.
Lelaki berkenaan mengalami demam sebelum dikejarkan ke hospital. Kemaluannya mengalami bengkak melampau dan kaedah untuk menanggalkan nat berkenaan tidak mudah hinggakan doktor terpaksa menggunakan pemotong berlian.
Sumber: Times Now News, DailyMail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni