Sukan
Hamidin Tinggalkan FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.
Hamidin mula memegang jawatan itu pada 2018 dan akan menamatkan perkhidmatannya pada 15 Februari depan.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Astro Arena sebentar tadi, dia berkata: "Saya dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan pada semua, seperti yang diuar-uarkan banyak media, bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden FAM bagi penggal yang akan datang, iaitu bagi penggal 2025-29.
"Ia kerana saya mahu memberikan ruang kepada ahli gabungan untuk memilih presiden yang baru.
"Saya pun sudah enam setengah tahun (berkhidmat), jadi saya rasa sudah cukup dan perlu memberi ruang kepada individu lain untuk memimpin persatuan yang besar ini dan membawanya ke mercu yang lebih besar," katanya.
Sumber: Stadium Astro
Must-Watch Video