Scha Alyahya hadir menjadi tetamu dalam program bual bicara Next To Neelofa malam tadi.
Pelakon yang juga seorang model itu berbicara banyak topik tentang karier dan kehidupannya dengan Neelofa.
Salah satu topik yang dibincangkan Scha adalah mengenai berita kehamilan keduanya. Scha diketahui kini hamil lima bulan.
Isteri Awal Ashari itu mengatakan kehamilan keduanya adalah sebuah rezeki yang hadir di saat pandemik Covid 19 melanda dunia.
"Ini baby PKP (perintah kawalan pergerakan). Saya tak malu untuk mengatakan ini rezeki saya semasa PKP. Terima kasih PKP," kata Scha sambil ketawa saat muncul di program yang ditayangkan di Astro Ria tersebut.
Menurut Scha, dia dan Awal memang merancang untuk memiliki cahayamata kedua sejak awal tahun ini. Dirinya malah sempat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) pada Januari lalu.
"Saya telah menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan dalam rahim. Kali pertama sebelum mengandung Lara Alana.
"Jadi kita memang merancang untuk punya anak kedua, dan ya, PKP, dan inilah dia," tambah Scha lagi.
Bercerita lebih lanjut mengenai kehamilannya, Scha mengaku dirinya agak down saat melalui fasa pertama kehamilan.
"Masa itu saya agak down sampai nak padam akaun Instagram semua, tapi Awal membantah," akui Scha yang memiliki lebih 5 juta pengikut di akaun Instagramnya dengan nama @schaalyahya.
Terdahulu, pada Ogos Awal mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto yang memaparkan anaknya, Lara memegang alat pengesan kehamilan.
Instagram: @schaalyahya, @awalashari
Maliah Surip
Thu Oct 08 2020
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.