Seperti diketahui ramai, pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama bersama isteri, Zaskia Sungkar.

Terkini, Irwan ada berkongsi cerita tentang isterinya yang hamil tiga bulan itu.

Menurut Irwan, Zaskia baru-baru ini membuat permintaan untuk memijak rumput di rumah adiknya, Shireen.

"Masya-Allah, dari pagi sudah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu memijak rumput di sana," kongsinya di Instagram.

Bagaimanapun, Irwan melayankan sahaja permintaan isteri kesayangannya itu dengan sabar dan tenang.

"Nasib baik tak minta untuk pijak awan, kalau itu sahaja permintaannya, Insya-Allah boleh," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Irwan meninggalkan respon positif dan ramai juga yang mendoakan kesihatan buat Zaskia.

MasyaAllah dari pagi dah ngajakin ke rumah shireen , ktnya mau injek rumput hehehe untung bukan mau injek awan ? Klo itu permintaanya InsyaAllah bs lah

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15) on


Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Ini merupakan percubaan sulung mereka mendapatkan zuriat melalui proses IVF setelah lapan tahun menikah.