gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
HIBURAN
Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Hampir 2 Tahun Menanti, Juara ATNMY Idris Brown Tampil Dengan Single Pertama, Dan Berakhirlah

Izwan Isa
Izwan Isa
18/09/2022
11:50 MYT
Sponsor Banner
Hampir 2 Tahun Menanti, Juara ATNMY Idris Brown Tampil Dengan Single Pertama, Dan Berakhirlah
Muzik klasikal bukanlah genre pilihan utama penyanyi-penyanyi arus perdana di Malaysia. Jarang sekali kita lihat ada pendatang baharu yang berani membawakan genre sedemikian sebagai material debut mereka.
Namun, bagi juara program nyanyian All Together Now Malaysia (ATNMY) Idris Brown, genre tersebut merupakan genre pilihan untuk dijadikan sebagai langkah mulanya dalam industri muzik.
Tampil dengan single perdana berjudul Dan Berakhirlah, Idris berasa sangat teruja dan bersyukur kerana penantian hampir dua tahun akhirnya terbayar.
“Alhamdulillah, penantian hampir dua tahun semenjak memenangi ATNMY kini telah berakhir dengan terlahirnya single pertama. Terima kasih kepada pihak Rocketfuel yang percaya dengan bakat saya sekaligus menjadikan saya artis di bawah naungan mereka.
“Selain itu, saya juga harus berterima kasih dengan kak Sharon Paul kerana sudi mencipta sebuah lagu yang begitu indah buat saya yang serasi dengan jiwa saya yang gemarkan muzik bergenre klasikal,” jelas pemilik nama sebenar Idris Zulkifli, 26.
Menurut Idris lagi, single ini mempunyai signifikasi istimewa buat dirinya yang sedang melangkah ke industri muzik arus perdana.
“Sebahagian daripada lirik lagu ini merupakan suara hati nurani saya yang mungkin diluahkan secara lisan dan tidak sukar untuk difahami, tetapi jika dihayati betul-betul, maksudnya sampai kepada pendengar melalui penyampaiannya yang amat berkesan untuk didengari umum,” tuturnya.
Single ciptaan Sharon Paul ini diolah khas sesuai dengan vokal Idris yang mempunya tona suara yang besar dan gah.
Sharon berkata: “Ketika pertama kali mendengar vokal yang dimiliki Idris, saya seakan dapat membayangkan apakah komposisi yang sesuai dengan dirinya.
“Setelah berbincang, dengan lirik yang ditulis sendiri oleh Idris maka terciptalah Dan Berakhirlah yang sangat menonjol dan menyerlahkan suara emas yang dimilikinya,” katanya.
Dan Berakhirlah boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengari melalui aplikasi penstriman atas talian YANG popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala klip video single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
#Idris Brown
#Dan Berakhirlah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement