Laman Utama

Hampir Buka Silat Mat Kilau, Siti Nurhaliza Kongsi Detik ‘Cemas’ Nak Bergambar Selfie Dengan Lee Minho

Izwan Isa
03/10/2022
03:50 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi kisah ‘lucu’ di sebalik dua keping selfie yang dirakam bersama pelakon dari Korea, Lee Minho ketika bertemu dengannya pada Cuckoo Appreci8th Anniversary Concert 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Menerusi kemas kini di Instagram, Siti berkata, kawalan terhadap Lee Minho sebagai seorang artis antarabangsa pada konsert berkenaan memang ketat.
“Kena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan Lee Minho ye, dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan jurugambar rasmi.
“Tapi bila di atas pentas saya tak nak lepaskan peluang keemasan. Berbekalkan keberanian dan telefon bimbit di tangan, saya tanya Mr KC Hoe… Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula telefon bimbit saya,” katanya pada ruangan kapsyen.
Siti menambah, Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Antarabangsa itu membenarkan dia untuk bergambar selfie bersama Minho.
“Mr KC Hoe kata pergi ambil saja. Dalam hati saya kata kalau bodyguard dia naik saya dah bersedia nak buka silat Mat Kilau.
“Apalagi peluang keemasan depan mata, terus saya bagi hint kat Mr KC Hoe, sambil senyum kat Minho ajak selfie. Sekali dia setujulah. Terus jari saya sepantas kilat tekan tak berhenti snap! Snap! Snap! Oklah bodyguard tak naik pentas. Yess! Misi berjaya.
“Terima kasih Cuckoo beri kesempatan kepada saya untuk kongsi pentas dengan aktor kegilaan ramai dan duta Cuckoo Antarabangsa. Tahniah untuk acara semalam ya!” tutup Siti.
BACA: [VIDEO]“Saya Rindu Padamu”- Cair! Lee Min Ho Cakap Bahasa Melayu, Umum Bakal Muncul Drama Baharu
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

gempak
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Hiburan

Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan

gempak
02/07/2024
06:34 MYT
Penyatuan dua penyanyi hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Allahyarham Huzz bergelar wartawan hiburan.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.