Satu video tular di Platform X mencetuskan isu perkauman setelah memaparkan beberapa individu yang mempunyai fizikal seperti warga asing memukul seorang lelaki warga tempatan.

Bagaimanapun, menurut sumber, kejadian berlaku sekitar pukul 4 petang di Bukit Beruntung itu tercetus selepas lelaki yang dipercayai mabuk itu dihalau oleh pekerja kerana melakukan kekacauan di dalam restoran.

BERITA TRENDING: Wanita Ini Didakwa Cuba Dilemaskan Gara-Gara Enggan Gugurkan Kandungan

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian selama kira-kira 30 minit membabitkan lelaki warga tempatan dan enam pekerja restoran itu.

“Salah seorang pekerja yang juga juruwang menyedari suspek masuk ke restoran dalam keadaan mabuk dan mula mengganggu pelanggan.

“Apabila polis tiba, suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, lelaki tersebut turut mempunyai enam rekod jenayah lampau dan dimasukkan ke hospital selepas cedera di bahagian jari telunjuk, siku dan kening.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sekadar info, entri berdurasi 10 saat itu meraih lebih 60,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Sumber: Sinar Harian