Berita

"Hampir Setengah Tahun Aku Tidak Akan Dapat Bersua Muka Dengan Anakku" - Fitri Haris Sedih Sebab...

gempak
ZULHILMI JALIL
09/06/2020
05:26 MYT
Sponsor Banner
"Hampir Setengah Tahun Aku Tidak Akan Dapat Bersua Muka Dengan Anakku" - Fitri Haris Sedih Sebab...
Penyanyi nasyid, Fitri Haris meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bertemu anak perempuannya untuk tempoh hampir setengah tahun selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksana sehingga Ogos depan.
Menurut Fitri, anak perempuannya yang kini menetap di Singapura bersama bekas isteri,
"PKPP sehingga 31 Ogos 2020. Alhamdulillah ramai yang menyambut dengan penuh rasa gembira. Syukur Alhamdulillah. Tapi..tidak sepenuhnya buat diriku.
"Tidakl dapat melepaso sempadan bermakana 18 Mac- 31 Ogos, hampir setengah tahun aku tidak akan dapat bersua muka dengan anakku yang dikasihi di Singapura," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Begitupun, kata Fitri, situasi yang perlu dilalui kini menjadikan dirinya seorang yang lebih menghargai akan sesuatu perkara.
"Hanya doa dapatku kirimkan dan teknologi penghubung rasa rindu. Banyak yang dapatku pelajari terutama erti menghargai dan bersyukur selagi ada.
"Moga Allah memberi keringanan terhadap ujian ini. Semoga kita semua dijauhkan daripada segala bala bencana amin. Sofea.. abi rindu," luahnya.
Sebelum ini, pada Mac lalu, Fitri turut meluahkan rasa gusar apabila terpaksa melepaskan anak perempuannya menaiki kapal terbang seorang diri buat pertama kali.
BACA: "Sofea Terpaksa Balik Seorang Diri Naik Flight" - Fitri Haris Lepaskan Anak Bawah Umur Ke Singapura Sendiri
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini dikurniakan seorang anak Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura.
Bagaimanapun, juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua itu kini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya sendiri, Fazilah Omar pada tahun lalu.
Saksikan program yang menampilkan Fitri Haris di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live