Selepas mengumumkan berita kelahiran anak pertamanya beberapa hari lalu, pelakon Emma Maembong dan suami Muhammad Shazli Azhar terbuka berkongsi foto serta video putera mereka di laman sosial.

Malah wajah bayi mereka juga turut mendapat perhatian pengikut di laman Instagram (IG) apabila rata-rata memuji kecomelannya.

Bukan itu sahaja, menerusi foto terbaharu yang dikongsi di IG Shazli Azhar, warga maya juga menyifatkan anak lelaki pasangan itu sebagai bayi yang kacak.

Handsome boy, so cute!,” puji salah seorang pengikutnya.

“Ya Allah, handsome dan comel lah,” kata salah seorang warga maya.

“So handsome! Tahniah,” ucap salah seorang netizen.

Tidak kurang juga, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang menimang cahaya mata pada 8 November lalu.

Walaupun sudah terbuka berkongsi wajah zuriat mereka, namun pasangan ini masih belum mengumumkan nama zuriat sulung ini.

Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)