Kemunculan pelakon Iqram Dinzly di sebuah majlis kenduri menjadi perhatian netizen.

Menerusi aplikasi TikTok, video tular tersebut merakamkan Iqram hadir dengan memakai baju kurta berwarna putih cream dan berseluar hitam.

Tidak hanya penampilan yang kemas malah wajah Iqram juga dipuji semakin kacak dan awet muda.

@rafi.yusseri #fyp ♬ suara asli - Dodi Ferdieansyah

Disebabkan itu juga ramai yang mula mengimbas kembali memori ‘bersama’ Iqram sewaktu zaman lakonannya dalam drama Dunia Baru.


BACA: “Yang Gila Tu Prince Chiki Dinzly” - Iqram Dedah Lima Lagi Karakter Belum Keluar

Dalam perkembangan lain, Iqram muncul dengan drama terbaharu berjudul, Cinta Hilang Kata.

Selain Iqram, drama itu juga dibintangi oleh Shah Jaszle, Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Saksikan Cinta Hilang Kata, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105).

Drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.