Laman Utama

“Yang Gila Tu Prince Chiki Dinzly” - Iqram Dedah Ada Lima Lagi Karakter Belum Keluar

Mya Amri
11/07/2022
10:52 MYT
Pelakon Iqram Dinzly memberikan penjelasan mengenai dakwaan netizen tentang karakternya yang pelik di media sosial.
Iqram menjelaskan karakter yang dipertontonkan itu bukanlah dirinya yang sebenar sebaliknya mewakili netizen.
“Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly. Ini adalah karakter kedua. Prince Chiki Dinzly adalah karakter yang ditampilkan dalam media sosial bagi mewakili netizen.
“Tidak kisahlah sebagai Iqram mahu pun Prince Chiki Dinzly, keduanya membuatkan saya semakin mengenali diri sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak.
Iqram juga mendakwa setakat ini hanya ada dua karakter sahaja yang ditonjolkan dan masih berbaki lima.
“Sebenarnya masih ada lagi lima karakter yang belum dikeluarkan. Prince Chiki diwujudkan sebagai mewakili watak netizen yang sentiasa rasa berkuasa di media sosial.
“Sejujurnya saya marah apabila orang katakan Iqram Dinzly itu gila. Sedangkan banyak kali Prince Chiki Dinzly kata Iqram Dinzly dah ‘mati’.
“Jadi bila ada tabloid atau berita-berita mengenai itu saya jadi geram sebab saya rasa benda ini tiada kena mengena dengan hidup saya.
“Kerana Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly adalah dua orang yang berbeza,” jelasnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Iqram akan muncul dalam drama berjudul Cinta Hilang Kata.
Selain Iqram, drama itu juga dibintangi olehShah Jaszle, Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Cinta Hilang Kata akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 18 Julai 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105).
Drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly

gempak
26/04/2024
08:55 MYT
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Hiburan

Iqram Dinzly Tak Kisah Nama Dikaitkan Dengan Fathia Latiff - "Itu Anugerah Allah, Terima Kasih Netizen"

gempak
14/02/2024
07:55 MYT
Alhamdulillah, nama masih disebut-sebut
Laman Utama

Ada Cubaan Menuduhnya Terlibat Skandal Video Seks, Iqram Dinzly Naik Hantu - “Have Fun Berfitnah…”

gempak
29/12/2022
02:50 MYT
Biar betul?
Laman Utama

Kekal Unik! Penyanyi Kembar AishaHanim Mahu Lancar 2 Lagu Serentak Setiap Tahun! - "Tak Apa Lambat Pun, Perlahan-Lahan Kayuh"

gempak
04/12/2022
12:55 MYT
penyanyi duo, AishaHanim memilih untuk mengekalkan identiti melancarkan dua single baharu serentak sebagai strategi mereka.
Laman Utama

“Anjakan Paradigma Harus Up Lagi, Aura Negativiti Sila Pergi Mati” – Iqram Dinzly

gempak
29/09/2022
13:00 MYT
Iqram Dinzly yang baru