Gaya Hidup
Hangus Rentung! IPhone Pemuda Ini Meletup Lepas 2 Bulan Tukar Bateri Di...
Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila sebuah iPhone dikatakan meletup selepas melakukan penukaran bateri di sebuah kedai di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Kisah itu dikongsikan oleh seorang pemilik akaun dikenali sebagai Wan Haikal yang memuat naik gambar iPhone milik adiknya yang hangus terbakar.
Menerusi posting tersebut pemuda itu menjelaskan kejadian berkemungkinan berpunca daripada bateri yang telah ditukar di sebuah kedai di Danau Kota, dua bulan lalu.
"Hati-hati guys, telefon adik aku baru meletup tadi masa nak naik bas. Nasib baik tak meletup dalam kereta or dalam bas.
"Tiba-tiba je berasap dan keluar api.
"Adik aku cakap dia ada tukar bateri dekat Danau Kota dua bulan lepas. Aku rasa bateri yang seller tu jual tak ori, thats why boleh jadi macam ni," katanya.
Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi sebanyak 9,200 kali dan menerima lebih 4,000 likes.
Sementara itu, menerusi satu lagi tweet dari laman akaun @BamGadgets menjelaskan kes letupan selalunya berpunca daripada dua sebab, iaitu bateri yang diganti tidak berkualiti atau tidak tulen dan yang kedua adalah cip U2IC gagal berfungsi.Hati2 guys .. fon adek aku baru meletop tadi masa otw nak naik bas .. naseb baik tak meletop dalam kereta or dalam bas .. fon meletop bukan tgah charge or overheat .. tibe2 je berasap and then kluar api .. naseb baik adek aku sempat baling .. pic.twitter.com/5UKRFcLpPw— reEz (@wanhaikal56) August 13, 2019
"Cip U2IC adalah komponen penting dalam board iPhone, berfungsi untuk mengawal kadar aliran Voltan.
"Kegagalan cip ini berfungsi akan menyebabkan bateri panas secara mendadak," katanya.
Must-Watch Video