Selepas tujuh hari, pengacara dan penyampai radio, Hani Fadzil berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 22 Oktober lalu.

Menurut Hani atau nama sebenarnya Intan Farhani Mohd. Fadzil, 29, bayi lelaki tersebut juga sudah diberikan nama dengan memilih Faris Salazar.

"Alhamdulillah syukur, tujuh hari lalu pada 22 Oktober 2020 pukul 7.07 pagi, saya selamat melahirkan bayi seberat 3.42 kilogram yang memberi kegembiraan buat kami.

"Perkenalkan inilah cahaya mata kami, Faris Salazar," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

Dalam hantaran tersebut penyampai radio Era itu juga memuat naik gambar bayinya, namun memilih untuk tidak mendedahkan lagi wajahnya.

Alhamdulillah Syukur, 7 days ago on the morning of the 22nd of October 2020 at 7:07am, @obiwanfaiz and I welcomed this 3.42kg bundle of joy into our arms. ✨ Introducing our son to all of you, Faris Salazar ? Faris means the pious one/yang alim, While Salazar comes from two words : Salah which means righteousness/kebaikan and Zahar means the one that shines:sangat begemerlapan. ✨ Thank you all for your kind words and prayers . May our son grow healthily and turn out as awesome as his parents hehe ?‍?‍? #farissalazar #spiderfani

A post shared by Hani Fadzil (@hahanybunch) on


Dalam pada itu, Hani turut menjelaskan makna di sebalik pemilihan nama puteranya itu.

"Faris bermaksud yang alim, manakala, Salazar diterbitkan daripada dua perkataan iaitu Salah bermaksud kebaikan dan Zahar bermakna bergemerlapan,"

"Terima kasih atas segala doa, semoga anak kami membesar sihat dan menjadi anak yang baik seperti ibu bapanya," katanya.

Sebelum ini, Hani berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga pada April lalu.

BACA: Tahniah, Dah 4 Bulan! Hani Fadzil Hamil Anak Sulung

Hani mendirikan rumah tangga dengan Wan Faiz pada 7 Julai 2017.