Pelakon Hannah Delisha mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran.

Menerusi perkhabaran yang dikongsi di Platform X, Hannah berkata, perkongsian itu ditujukan buat Wanita yang turut mengalami hal yang sama dengan dirinya.

“Mengalami keguguran pertama saya yang. Mengirimkan cinta dan kekuatan kepada semua wanita yang mengalami keguguran.

“Duka yang tak tertahankan, dialami oleh banyak orang namun hanya sedikit dibicarakan oleh sedikit. Saya berharap dengan membaca postingan ini, ia dapat mengingatkan seseorang bahawa mereka tidak sendirian.

“Semoga Allah menyembuhkan kita, meringankan rasa sakit kita dan mengisi hati kita dengan kedamaian dan kenyamanan. Insya-Allah jumpa di Syurga nanti sayang,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan semangat dan kata-kata positif buat Hannah:



Terdahulu, Hannah pernah memuat naik foto di Instagram Story miliknya memperlihatkan yang dirinya sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Pelakon asal Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Iman Shah pada tahun 2021.

BERITA TRENDING: “Subhanallah Sedapnya Suara” - Ramai Terkesima Hanna Delisha Berselawat! Bak Bidadari!

BERITA TRENDING: Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Selepas Kahwin, Hannah Delisha Rasa Sangat Teruja - "Tolong Maafkan…