Laman Utama

Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Selepas Kahwin, Hannah Delisha Rasa Sangat Teruja - "Tolong Maafkan Muka Penat Kami ..."

gempak
Zulaikha Yusof
28/04/2021
02:55 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Selepas Kahwin, Hannah Delisha Rasa Sangat Teruja - "Tolong Maafkan Muka Penat Kami ..."
Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha, 26, tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila dapat berlakon bersama dengan suaminya, aktor Imam Shah, 32, dalam sebuah drama yang berjudul Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat.
Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch menyatakan ini adalah projek lakonan yang pertama selepas mereka berumah tangga.
"Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura.
"Sangat teruja dengan drama ini, tolong maafkan muka penat kami (dalam drama ini). Menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan sangatlah mencabar," tulisnya.
Tambah pelakon drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer, genre drama ini sangat berbeza daripada yang pernah dilakonkan pada dua tahun lalu.
"Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat ini merupakan drama genre berbeza daripada yang kami pernah berlakon sama sebelum ini," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Imam menerusi Instagram (IG)nya memuat naik sekeping foto mereka berpegangan tangan berserta dengan kapsyen yang ringkas.
"One for the lady"," tulis Imam.
Drama Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di Astro Ria.
Terdahulu, Hannah selamat bernikah dengan Imam di Singapura pada 18 Februari dengan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Difahamkan, pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum akhirnya ke jinjang pelamin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live