Pelakon Hannah Delisha memberitahu seorang pelakon perlu mengeluarkan wang sendiri untuk penyediaan ‘wardrobe’ bagi watak dalam sesebuah karya merupakan perkara biasa yang sudah berlaku dalam industri seni.

Guna Pakaian Yang Disediakan

Menurut Hannah, bagaimanapun ada kala pelakon juga akan menggunakan sahaja pakaian yang disediakan oleh pihak produksi.

“Sebenarnya benda ini dah berlaku sejak permulaan karier saya. Itu pun saya dalam industri dalam enam atau tujuh tahun. Tapi saya pasti, sebelum saya berada dalam industri pun, benda ini dah berlaku lama.

“Memang kebanyakkan masa, kita pelakon memang nak kena keluarkan beberapa jumlah wang untuk ‘wardrobe’ kita. Tapi bergantung juga, ada masa kita nak biarkan wardrobe team dari produksi yang uruskan.

BERITA TRENDING: Ada Penonton Sanggup Habiskan 8 Jam Demi The Experts! - “Sangat Berbaloi, Pertama Kali Tonton Filem Melayu Hebat!”

“Cuma mungkin baju yang disediakan sudah dipakai berulang kali,” kata Hannah kepada Gempak.

Hannah ditemui ketika Meet & Greet Hannah Delisha di acara Ulike Air 3 IPL Hair Removal & Ulike ReGlow LED Face Mask di IOI City Mall, Putrajaya pada baru-baru ini.

Pemilihan Pakaian

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini turut berkata pemilihan pakaian juga bergantung pada watak yang diterima.

BERITA TRENDING: Sarimah Ibrahim Berhabis Kira-Kira RM50K Beli Wardrobe Demi Drama - "Untuk Menghayati Watak, Saya Dah..."

“Apa-apa ia berdasarkan macam mana serius anda dalam menjayakan watak. Kalau watak yang diberikan seorang yang suka berfesyen, penampilan yang sentiasa bergaya, jadi bagi saya, kita kena keluarkan wang untuk melabur bagi wardrobe.

“Tapi kalau watak yang seorang duduk di kampung, pakaiannya mungkin simple saja… baju kurung, baju biasa, blouse dengan seluar, yang itu boleh bagi wardrobe team uruskan. ia sesuatu kebiasaan dalam industri kita,” ujarnya.

BERITA TRENDING: "Seminit Gembira, Tiba-Tiba..." - 3 Bulan Hannah Delisha Hamil, Sebulan Bayi Dikandung Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Terdahulu, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui dia sanggup mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM50,000 untuk penyediaan 'wardrobe', peralatan solekan dan sebagainya yang sesuai untuk watak lakonannya.

Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.