Laman Utama

“Hanya Mendoakan Baby Sihat Dan…”- Elly Mazlein Akhirnya Sahkan Hamil Anak Kedua

gempak
Syafiqah Jalal
05/04/2021
16:09 MYT
Sponsor Banner
“Hanya Mendoakan Baby Sihat Dan…”- Elly Mazlein Akhirnya Sahkan Hamil Anak Kedua
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua.
Elly bersyukur kerana tidak lama lagi orang baru itu akan menyerikan rumah tangga serta keluarga kecilnya.
“Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.
“Atok akan dapat cucu lagi .. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik ( tapi kakak manja mintak "sister" mana-mana pun tak apa ,hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan).
“Dan Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ni,” katanya.
Pengacara Muzikal Lawak Superstar itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Elly turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya selama ini.
“Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua .. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa ..
“Doa saya ,agar Allah permudahkan urusan anda smua ..
“Dan akhir sekali jawapan bagi smua soalan adalah? Alhamdulillah, ya Kak Kepom pregnant,” luahnya lagi.
Meski demikian, bintang drama Ramadan Pertama Edi yang bersiaran setiap Rabu di Astro Ria ini tidak mendedahkan usia kandungannya.
Terdahulu, bentuk tubuh Elly yang kelihatan sedang hamil telah dipersoalkan media dan peminat namun Elly tidak menjelaskan apa-apa sehingga pengumuman ini.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live