GAYA HIDUP
Hanya Menggunakan Pita Pelekat, Bilik Tidur Ini Nampak Moden & Mewah
Siapa kata nak menghias bilik kena berhabis duit beli kelengkapan mahal? Dengan hanya menggunakan benda murah sahaja, bilik anda boleh kelihatan menarik dan mewah.
Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, dia hanya menggunakan pita pelekat bewarna hitam untuk menghiasi dinding utama biliknya.
Membuat lakaran geometri dua angsa sebagai penghias dinding, netizen ternyata memuji kreativiti individu tersebut yang menggunakan bahan murah.
Hiasan ini sekaligus memberikan inspirasi kepada ramai netizen untuk menghias bilik mereka.Nak deco rumah tak perlu barang mahal2,cuma kene kreatif?Sumber : FB pic.twitter.com/EhgF401pPJ— 70E (@F4HM1EY) June 18, 2019
@Maslynda_: Wah good idea
@sunflweerrr: Kreativiti tu mahal
@INFfaznazr: betul. takyah susah susah da korang search google nak tukar wallpaper korang, nah aku tolong zoom kan. Kreatif
@aisyhmdmd: Weh lawa doo
Malah di ruangan komen, ada ramai yang memuatnaik gambar dinding bilik masing-masing yang turut menggunakan pita pelekat sebagai perhiasan bilik.

Dengan hanya menggunakan pita pelekat dan sedikit imaginasi, bilik tidur anda boleh kelihatan menawan dan hipster.
Dah dapat inspirasi untuk hias bilik anda? Selamat mencuba.
Must-Watch Video