HIBURAN
Hanya Terserempak, Zarina Anjoulie Perjelas Isu Tular ‘Hot Daddy’ - “Tiada Langsung Video Porno Seperti Yang Korang Kata”
Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberi penjelasan berkenaan isu tular di media sosial yang mendakwa dirinya terlibat dalam penjualan video berunsur lucah bersama individu dikenali sebagai Daddy Ash semasa berada di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Dakwaan tidak berasas
Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju menerusi satu kenyataan dimuat naik di akaun Instagram miliknya menafikan tuduhan itu yang dilabelkan sebagai tidak berasas.Menurut Anju, kunjungannya ke Bali hanyalah atas urusan kerja untuk mempromosikan produk kecantikan Sylvia Secret, yang sebelum ini dikenali sebagai Vessa Serum.
“Terus terang Anju cakap itu semua tidak benar sama sekali. Tujuan utama Anju ke Bali hanyalah untuk kerja iaitu promosikan Sylvia Secret (yang dulu dikenali sebagai Vessa Serum).“Anju nak jelaskan satu perkara penting yang sekarang tengah hangat diviralkan. Ramai page-page cover cerita kononnya Anju buat jualan video porno semasa Anju berada di Bali, siap kata Anju charge orang untuk tengok video tu.
“Dari awal lagi sejak tahun 2019, Anju bersama dengan Sylvia Secret sampai sekarang, masih dengan bos yang sama.
“Jadi, fokus utama Anju hanyalah kerja, ambil gambar, buat content yang cantik untuk Sylvia Secret,” tegasnya.
Daddy Ash hanya kebetulan, kawan lama
Dalam pada itu, Anju juga turut menjelaskan kehadiran individu bernama Daddy Ash yang dikaitkan dalam isu tersebut hanyalah sekadar kebetulan.Jelas Anju lagi, mereka hanya terserempak di tempat yang sama dan individu itu juga merupakan sahabat lamanya.
“Macam biasa, bila terserempak dengan mereka, Anju suka buat posting dekat IG. Tanpa tanya Anju, tanpa fikir panjang, korang pula terus viralkan macam-macam cerita,” jelasnya.“Sampai di Bali hari tu, Anju terserempak dengan sahabat Anju, mungkin korang pun kenal, Daddy Ash. Ya, individu yang korang sendiri tahu tentang aktiviti dia. “Tapi untuk isu yang tengah viral ni, Anju tak terlibat langsung dengan apa yang korang dakwa.
Tidak terlibat video porno
Mengulas lanjut mengenai kemunculan saluran Telegram yang dikaitkan dengannya, Anju menjelaskan ia dibuat sebagai respon kepada permintaan ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) bertanya tentang kandungan tertentu.“Anju tahu, bila ada posting atau cerita viral, orang cepat percaya tanpa usul periksa. Secara tak langsung boleh bantu juga Anju sampaikan awareness tentang produk fake yang masih wujud atas nama Vessa.“Isu Telegram pula bermula bila ramai yang DM tanya link, nak subscribe macam-macam. Disebabkan korang yang nak tahu sangat, Anju pun buat satu channel Telegram khas. “Anju jelaskan sekali lagi, tiada langsung video porno seperti yang korang kata. Apa yang ada hanyalah aktiviti harian Anju sepanjang di Bali, pergi gym, jalan-jalan, masak, dan share dengan korang. Itu sahaja.
“Fokus sebenar Anju hanyalah Sylvia Secret
produk original untuk lelaki dan wanita. Sekali lagi Anju nak ingatkan, produk lama berlogo Vessa telah dihentikan 100% sejak hujung 2023.
“Kalau masih ada pihak guna gambar atau video Anju untuk promosikan Vessa, itu semua produk tiruan. Original hanya di bawah nama Sylvia Secret,” maklumnya.
Berikut merupakan kenyataan penuh Anju:
Must-Watch Video