Laman Utama
“Happy Birthday Syurga” - Lama Tak Bertemu Kerana Pandemik, Mark Adam Rindu Ibu Di Filipina
Penyanyi dan pelakon Mark Adam meluahkan rasa rindu pada ibunya, Florinda Macaraig Echivarre, 60, bersempena ulang tahun kelahiran wanita itu pada hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Mark berkongsi sebuah video berpelukan bersama ibunya ketika berada di lapangan terbang.
“Happy birthday syurga. Setiap kali birthday mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya, saya sangat bersyukur.
“Semoga sihat selalu mak, we miss you, stay safe, we will see you first thing after the pandemic Insya-Allah,” tulis Mark menerusi ruangan kapsyen.
Difahamkan Mark sudah lama tidak bertemu dengan ibunya yang menetap di Jugan, Cebu, Filipina disebabkan sekatan perjalanan ke luar negara bagi mengekang penularan COVID-19.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut yang memberikan ucapan hari lahir buat ibunya serta kata-kata semangat agar Mark terus kuat.
“Your mom is so beautiful, happy birthday, Mak,” tulis penyanyi Ernie Zakri.
“Berair mata saya lepas menonton video ni. Happy birthday aunty, many more wonderful years to come,” kata seorang wargamaya.
“Saya kagum orang lelaki yang sayang sangat mak dia sampai peluk cium ni. Rugi kalau sepanjang hidup kita tak bahagiakan orang tua,” puji seorang wargamaya.
“Saya rindu mak saya juga. Happy birthday aunty,” tulis seorang wargamaya.
“Sedihnya. Sabar ya Mark, semoga dipertemukan dengan mak nanti,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada wargamaya.
Must-Watch Video