Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun ke-42 pada hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, tanda pagar #HappyBirthdaySitiNurhaliza dan #Siti42 menjadi perhatian wargamaya sehingga ia trending.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-42 ini juga, Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti berkongsi sebuah video khas bertajuk ‘Chapter 42: My IVF Story (Exclusive) untuk tontonan umum di laman YouTubenya.

"Jangan lupa melihat bagaimana persediaan, perjalanan dan pengalaman saya dari awal menjalani prosedur IVF untuk hamil kali kedua. Eksklusif sempena hari lahir saya, boleh tonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza," tulisnya sebagai kapsyen.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ramai wargamaya yang mengambil kesempatan memberikan ucapan kepada penyanyi kesayangan mereka beserta doa yang baik-baik.

Malah, ramai yang tidak sabar apabila banyak stesen radio yang akan memutarkan lagu-lagu popular Tokti sebagai tribute dan tanda penghargaan sepanjang hari ini.

“Selamat Hari Lahir Dato Sri Siti Nurhaliza Taruddin.Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yg baik & senantiasa dibawah lindungan rahmat Allah serta berjaya di dunia n di akhirat,” komen seorang wargamaya.

“Kaw-kaw la tribute lagu kat station radio ni besok one whole day lagu Tokti besok,” kata seorang wargamaya.

Percayalah, Betapa Ku Cinta Padamu. Bukan Cinta Biasa, Kesilapanku, Keegoanmu, Kisah Ku Inginkan, Biarlah Rahsia. Demi Kasih Kita, Jaga Dia Untukku. Kau Kekasihku, Pastikan Aku Bidadari Syurgamu. Ikhlas, Aku Cinta Padamu,” tulis seorang wargamaya.

“Beliau tak pernah cari pasal dengan orang. Beliau sentiasa positif dan sebarkannya. Beliau Ratu Hati Nusantara. She is Siti Nurhaliza,” puji seorang wargamaya.

Public holiday on Siti Nurhaliza’s bday please?” pinta seorang wargamaya.

“Sebak betui tgk IVF Story @CTNurhaliza11 . Bertapa tinggi rasa syukur dia utk semua yang berlaku. Hebat sungguh insan bernama Siti Nurhaliza. Selamat hari lahir kesayangan,” ucap seorang wargamaya lagi.

Gempak ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-42 kepada Tokti.

Semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta.